Resipi Pulut Inti Yang Sedap, Berlemak & Wangi

Share

Pulut Inti antara kuih lama-lama yang mungkin kurang diminati oleh golongan muda. Kalau nak beli agak sukar nak dapat rasa yang betul-betul kena dengan tekak. Kesudahannya jika hendak puas makan, kenalah buat sendiri. Jangan bimbang. Tak susah mana pun nak buat Pulut Inti. Jom kita cuba buat Pulut Inti berdasarkan resipi yang dikongsikan oleh Shidah Asmuni ini.

RESIPI PULUT INTI

BAHAN-BAHAN:

BAHAN UNTUK INTI:

1 biji kelapa parut muda


1/2 inci gula melaka – beli online
1/2 cawan air
3 sudu gula perang – beli online
Sedikit garam – beli online
1 sudu tepung gandum – beli online
3 helai daun pandan

CARA MEMBUAT:

1. Didihkan air kemudian masukkan gula melaka.Biarkan larut.

2. Masukkan gula perang dan daun pandan. Apabila sudah mendidih dan agak pekat, masukkan kelapa parut tadi. Gaulkan biar rata.

3. Kemudian masukkan tepung gandum dan garam. Kacaulah hingga kering dan masak. Ketepikan.

BAHAN UNTUK PULUT:

1 cawan beras pulut (direndam 2 jam kemudian toskan basuh bersih)
1 1/4 santan
Sedikit garam
Sedikit minyak masak – beli online


Sedikit gula – beli online
Daun pandan
Daun pisang (layur dan potong 6 ” lebar dan 8″ panjang)

CARA MEMBUAT:

1. Didihkan air kukusan dahulu. Campur semua bahan kemudian kukus selama 20 minit.

2. Buka kukusan dan gembur-gemburkan pulut tadi dan sambung lagi kukus hingga masak.

3. Apabila pulut sudah masak, ambil daun pisang yang sudah siap dipotong. Sendukkan pulut yang sudah siap dikukus tadi di atas daun pisang dan diikuti dengan sesudu inti.

 

 

4. Kemaskan lipatan daun pisang seperti melipat nasi lemak. Buat sehingga habis. Bolehlah dihidangkan.

Sumber kredit: Shidah Asmuni

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN