Resipi Puding Roti Keju Guna Lebihan Roti Sandwic Yang Tak Habis.

Share

Lebihan roti yang hampir tamat tempoh boleh diolah menjadi pemanis mulut yang sedap. Cara pembuatannya pun sangat mudah. Puding Roti Krim Keju Coklat Cip ni juga sangat lembut dan gebu. Sesuai sangat buat untuk berbuka puasa.  

 

PUDING ROTI KRIM KEJU COKLAT CIP

BAHAN-BAHAN

  • 10 keping roti
  • 2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan gula perang
  • 250 gram krim keju
  • 1 biji telur
  • Coklat cip/ potongan coklat
  • Vanila Essence

 

CARA MEMASAK:

1. Potong 4 roti dan susun dalam loyang hingga habis.

2. Tuangkan susu segar atas roti. Rendam dalam 15 minit.

3. Pukul keju sampai gebu dan masukan telur. Pukul lagi.

4. Dalam bekas yang lain masukkan gula perang dan essen vanila. Pukul lagi hingga sebati.

5. Masukkan adunan keju ka atas roti dalam loyang tadi.

6. Taburkan coklat cip/potongan coklat diatas roti

7. Bakar suhu 180C, lepas 20 minit, turunkan ke 150 darjah. Bakar dalam masa 40 minit.

Nota: Oven guna kipas dan api atas bawah

Kredit resipi & foto: Maslina Meor Radhi

IKLAN