Resipi Puding Pisang Sos Kastard Yang Sangat Sedap

Share

Pisang adalah salah satu buah yang sangat sedap kalau dijadikan hidangan pemanis mulut. Antara pemanis mulut yang sedap dimakan adalah puding. Selepas disejukkan dalam peti ais, puding dimakan begitu sahaja dan boleh melegakan tekak. Kali ini RASA kongsikan resipi Puding Pisang Sos Kastard yang pastinya boleh menawan selera ramai.

PUDING PISANG SOS KASTARD

BAHAN PISANG MENTEGA
Pisang secukupnya
Mentega secukupnya

CARA MEMBUAT PISANG MENTEGA
1. Panaskan mentega.
2. Goreng sekejap pisang tadi. Ketepikan.

BAHAN KASTARD
1 tin susu cair
1 biji kuning telur ayam
1/2 cawah air
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard
1 ikan daun pandan

CARA MEMBUAT KASTARD
1. Campur semua bahan kecuali daun pandan sehingga sebati. Tapiskan ke dalam periuk.
2. Masak dengan api perlahan dan kacau. Jangan berhenti kacau. Masukkan daun pandan. Setelah mendidih, terus angkat. Sejukkan.
3. Simpan dalam peti ais.
4. Untuk menghidang, letakkan pisang di dalam mangkuk. Tuangkan kuah kastard. Hiaskan dengan buah-buahan kering atau kekacang seperti gajus atau badam.

Resipi Oleh Imah Rahman dari Telegram KakiMakan

IKLAN