Makan

Resipi Puding Lumut Santan Simple Buat Guna Agar-Agar Tali

Share

Sedapnya Puding Lumut Santan ni. Resipi orang dulu-dulu tidak dapat disangkal lagi keenakannya. Bahan mudah tapi rasanya memang terbaik.
Bagi anda yang menggemari Puding Lumut Santan, resipi perkongsian saudari Zura Zul ni harus dicuba. Sangat mudah dan dijamin menjadi. Kalau makan sejuk-sejuk, lagi nikmat. Jom lihat cara-cara pembuatannya.

CARA MASAK PUDING LUMUT SANTAN SIMPLE


BAHAN A (LAPISAN PUTIH):
10gm agar-agar tali – beli online disini
2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1 cawan santan sederhana pekat
3 helai daun pandan – simpul
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1.Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.
2.Kemudian masukkan gula. Kacau rata hingga larut.
3.Tuang santan, daun pandan dan juga secubit garam. Kacau lagi hingga sebati dan biarkan masak seketika.
4. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8×8. Biarkan sederhana beku.

BAHAN B (LAPISAN HIJAU):
10gm agar-agar tali
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1 cawan santan sederhana pekat
1 cawan jus pandan (kisar 6 helai daun pandan dengan 1 cawan air. Tapiskan)
1 biji telur (pukul dulu)
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau – beli online disini
Sedikit esen vanilla – jika suka – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar tali bersama air hingga larut. Kemudian masukkan gula. Kacau rata.
2. Masukkan santan, jus pandan, telur, garam, esen vanilla dan pewarna hijau. Kacau sampai sebati.
3. Bila adunan mendidih membuak, perlahankan api. Biar ia masak jadi ketulan lumut.
4. Tutup api. Kacau lagi untuk pecahkan ketulan lumut tadi supaya jadi halus.
5. Tuang adunan perlahan-lahan atas lapisan puding yang putih tadi. Biarkan beku & boleh letak dalam peti sejuk.
6. Potong ikut saiz bersesuaian dan sedia untuk dinikmati.

INFO: Guna agar-agar tali yang 20gm. Potong@gunting dua. Petua untuk agar-agar cepat larut bila dimasak adalah rendam dulu dalam air selama 30 minit hingga 1 jam sebelum dimasak.

 

Kredit resipi & foto: Zura Zul

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN