Resipi Puding Karamel Milo Sukatan Jimat, Sesuai Untuk Loyang Kecil & Keluarga Kecil

Share

Sedapnya Puding Karamel Lapis Kek Milo Moist perkongsian saudari Aida Anissah ni. Bagi anda yang suka makan kek tapi tak ramai yang makan, resipi ni memang sesuai sangat. Cukup untuk 2-3 orang makan dan kukus pun guna bekas kecil sahaja. Barulah tak membazir. Jika nak buat puding yang besar, gandakan sahaja sukatannya.

CARA MASAK PUDING KARAMEL LAPIS KEK MILO MOIST

BAHAN LAPISAN PERTAMA (SOS KARAMEL):
3-4 sudu makan gula
(masak dalam kuali hingga cair dan keperangan. Kemudian tuang terus dalam bekas @ loyang)

BAHAN LAPISAN KEDUA (PUDING):
3 biji telur
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 penutup esen vanilla
(Kacau rata semua bahan tapi jangan sampai berbuih. Tapis)

BAHAN LAPISAN KETIGA (KEK MILO MOIST)
1/2 cawan milo
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan minyak masak
(Satukan semua bahan, kacau rata dan tapis)

CARA MEMASAK:
1. Ambil loyang/bekas yang telah diisi sos karamel. Tuang bahan bancuhan puding dan kukus sampai masak.
2. Kemudian bila pudding sudah masak, lorek-lorekkan permukaan atas puding dengan garfu supaya kek milo dan puding melekat elok.
3. Lapiskan dengan bancuhan kek milo kemudian kukus lagi hingga masak.

4. Bila kek masak, simpan dalam peti sejuk untuk sejukkannya. Puding Karamel Lapis Kek Milo sedia untuk dihidang.

5. Jika buat untuk keluarga yang ramai, gandakan sukatan.

 

Kredit resipi & foto: Aida Anissah

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Mu'azul 'Abqari