Resipi Puding Buah Kuah Kastard. Sangat Sedap, Mudah Buat

Share

Sedapnya Puding Buah Kuah Kastard perkongsian saudara Muhammad Ali ni. Lengkap dengan potongan buah-buahan segar dan juga sos kastard enak, semestinya hidangan ini sangat enak dinikmati bersama keluarga. Jom buat sendiri. Resipi sangat ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan. Pasti puas hati.

 

CARA MEMBUAT PUDING BUAH KUAH KASTARD

BAHAN-BAHAN PUDING:

BAHAN KUAH KASTARD:

  • 2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 4 sudu makan gula beli online disini
  • Secubit garam

 

CARA MEMASAK:

PUDING:

1.Masukkan semua bahan. Kacau sebati dulu baru buka api perlahan.

2.Jangan berhenti kacau. Teruskan kacau sampai pekat dan mendidih. Dah mendidih matikan api.

 3.Masukkan dalam bekas, biarkan suam dalam 20 minit baru masukkan dalam peti sejuk.

KUAH KASTARD:

1.Masukkan semua bahan, kacau sebati. Dah sebati baru buka api.

2.Kacau atas api sampai keluar wap atau mendidih di tepi periuk.

3.Padam api dan sejukkan dekat luar baru masukkan dalam peti sejuk.

4.Bila puding sudah keras, hiaskan dengan potongan buah-buahan pilihan. Bila nak makan, baru tuang kuah kastard.  

INFO:

  • Tekstur puding ni bukan macam agar-agar. Ia lembik sebab sedap bila makan bersama sos kastard. Kalau nak keras sikit, tambahkan 5gram agar agar serbuk. Gaul dengan bahan-bahan puding baru buka api.
  • Kuah kastard dan puding hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk.

 

 

Kredit resipi & foto: Muhammad Ali

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

IKLAN