Resipi Pucuk Ubi Tempoyak Petai. Menu Kampung Popular Digemari Ramai

Share

Nikmatnya bila dapat menikmati hidangan Pucuk Ubi Tempoyak Petai ni. Bila tiba musim durian dan petai, ibarat pesta bagi penggemarnya. Masak menu kampung sebegini tidak susah kerana caranya sangat ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan. Janji cukup bahan-bahan serta sukatannya, pasti sangat enak hasilnya. Bagi anda yang menggemari sajian ini dan nak belajar memasaknya sendiri di rumah, bolehlah cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Zuriani Zuhri

ni. Pasti berselera.

CARA MASAK PUCUK UBI TEMPOYAK PETAI

BAHAN-BAHAN:
(jumlah boleh agak-agak ikut berapa banyak yang hendak dimasak)

Pucuk ubi
Petai
Tempoyak
3 batang serai
Cili padi – ikut kepedasan yang digemari
Santan secukupnya
Serbuk kunyit @ kunyit hidup – beli online disini
Sedikit kerisik – beli online disini
Garam dan bahan perasa secukup rasa
Sedikit ikan bilis – beli online disini

CARA MEMASAK:

1.Bersihkan pucuk ubi. Kemudian celur seketika untuk menghilangkan rasa pahitnya.

2. Kisar cili padi, serbuk kunyit dan ikan bilis bersama sedikit air.

3. Masukkan tempoyak ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.

4. Tuang bahan kisar ke dalam kuali. Masukkan juga bahan-bahan lain termasuk santan.

5. Masak sehingag pucuk ubi menjadi lembut. Rasa supaya cukup perasanya.

6. Angkat dan sedia dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Zuriani Zuhri

 

Anda ada banyak tip memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda.

Nak Kongsi Tip Memasak anda? Klik DISINI untuk penyertaan

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN