Resipi Pes Perapan Sedap Macam Di Restoran Ikan Bakar

Share

Suka makan ikan bakar tapi tak jumpa resipi pes perapan yang sedap? Saudari Erma Azizie ada kongsikan resipinya. Memang nikmat andai dapat menikmati sajian ikan bakar dan ulam-ulaman. Masak sendiri lebih puas hati. Maklumlah di zaman segala barang mahal begini, lebih baik berjimat. Lagipun resipinya mudah sahaja. Tak perlu guna arang pun. Bakar guna pemanggang ajaib je. Kalau nak guna ketuhar pun boleh. Sangat praktikal buat ibu-ibu yang sukakan cara memasak yang mudah.

CARA MASAK PES IKAN BAKAR MARVELLOUS

BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan pari saiz sedang – potong 2
2 biji bawang besar beli online disini
3 ulas bawang putih beli online disini
10 tangkai cili kering – buang biji dan rebus beli online disini
3 biji cili merah besar
4 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa
Asam keping beli online disini
Daun limau purut – mayang halus
Daun kunyit – buang urat tengah & mayang halus
Daun pisang secukupnya
Aluminium foil secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih ikan pari dan toskan airnya. Ketepikan.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, cili kering, cili merah besar dan cili padi hingga halus.


3. Ambil kuali, panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sampai garing.
4. Masukkan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.
5. Masukkan juga hirisan daun limau purut dan daun kunyit. Sebatikan. Siap.


6. Untuk membakar ikan, ambil aluminium foil, lapikkan daun pisang.
7. Ambil sedikit sambal dan letak atas daun pisang. Letakkan ikan dan kemudian letak lagi sambal tadi.

8. Balut aluminium foil dengan kemas dan bakar ikan hingga masak menggunakan pemanggang.Boleh juga bakar menggunakan ketuhar atau Air Fryer.

Kredit resipi & foto: Erma Azizie

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

IKLAN