
Di bulan puasa ni, hidangan ikan bakar memang antara sajian yang menjadi kegemaran ramai. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi apa kata anda cuba buat sendiri. Resipi pes ikan bakar ni memang sedap dan mudah disediakan. Malah nak bakar pun ada cara dan tak perlu guna arang pun. Resipi perkongsian saudari Rafiza Idayu ni sangat sesuai anda cuba!
PES IKAN PARI BAKAR MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:

- 30 biji lada kering direbus
- 3 batang serai
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu makan lengkuas
- 1 sudu kecil belacan
- Limau kasturi
- Sedikit asam jawa
- Ikan pari
- Daun pisang
- 3 sudu teh gula
- 2 sudu teh gula merah
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan lada kering, serai, bawang merah dan bawang putih ke dalam pengisar.

2. Masukkan lengkuas, belacan dan sedikit air asam jawa.

3. Perasakan dengan garam, gula dan gula merah.

4. Kisar semua bahan tadi. Gunakan air sedikit sahaja untuk memudahkan bahan sebati. Pastikan pes pekat.

5. Letakkan sedikit minyak di dalam kuali. Letak daun pisang.

6. Letak ikan dan ratakan pes sebelah belakang ikan. Ratakan pes pada ikan dan terbalikkan.

7. Potong limau kasturi dan letakkan atas ikan. Tak perlu perah.

8. Tutup ikan. Gunakan api kecil sahaja. Ikan tak perlu dibalik balik.

9. Masak dalam 15 hingga 20 minit. Perah limau semasa nak makan. Limau kasturi untuk memberi aroma dan hilangkan bau hanyir ikan.

Kredit foto & resipi: FB Rafiza Idayu
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hidangan Ikan Salmon, Sedap Berjus Sihatkan Jantung

Khasiat ikan salmon memang hebat.. Seperti ikan perairan sejuk yang lain seperti mackerel, hering, kod ia kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang mengandungi EPA dan DHA yang baik untuk kesihatan.

.
Sudahlah rasanya sedap banyak pula khasiat kesihatannya. Ia dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah dan juga mengurangkan kolestrol. Rasanya berlemak dan paling best ikan salmon adalah sumber makanan sihat, walaupun harganya agak tinggi sedikit.

.
Ni min kongsikan aneka cara memasak ikan salmon, bukan sahaja sajian barat aje, ikan salmon pun boleh dimasak sajian Asia macam kari dan lauk india tikka.Salmon ni biasanya dihidang di kafe dan hotel, nak beli agak mahal juga walau cuma sepotong aje. Kalau ‘umat’ ramai eloklah masak sendiri kan.
1.PAN FRY SALMON WITH VEGETABLES

.
BAHAN-BAHAN :
- 120 gm keping ikan salmon
- 50 gm lada benggala merah/ dipotong dadu
- 50 gm lada benggala hijau/ dipotong dadu
- 60 gm bawang besar/ dipotong dadu
- 30 gm bawang putih/ dipotong dadu
- 50 gm kacang buncis/ dipotong dadu
- 100 gm jus oren/dipotong dadu
- 30 gm halia/ dihiris
- 20 gm mentega
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Perasakan garam dan lada sulah di atas salmon.
2. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak.
3. Masukkan ikan dan balikkan apabila masak (hanya dua hingga tiga minit sahaja)
4. Panaskan kuali yang lain untuk penyediaan sayur.
5. Tumis bawang dan bawang putih dan masukkan semua sayuran. Ketepikan.
6. Bagi sos pula panaskan kuali lain dan tumis halia.
7. Masukkan jus oren dan masak dengan api yang perlahan.
8. Masukkan mentega dan kacau sebati
9. Letakkan garam secukup rasa
10. Tuangkan sos dan sayur di atas hidangan salmon
INFO CHEF : Bagi melazatkan lagi salmon, perap ikan salmon dengan lada hitam dan garam sekurang-kurangnya 45 minit di dalam peti sejuk agar perisanya menyerap dan mesra.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu Memasak : 20 minit
Cara Memasak : Tumis , gril dengan minyak sedikit dan boleh juga dimasak dalam oven
Jenis masakan : Sajian Barat
Keistimewaan : Kandungan omega 3 di dalam salmon baik untuk kesihatan
2. SALMON TIKKA

.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
- 180 gm hirisan ikan salmon
- 150 gm yogurt
- 30 gm jintan manis /dikisar
- 30 gm jintan putih /dikisar
- 1 sm halia/dikisar
- 2 ulas bawang putih /dikisar
- Garam secukup rasa
Bahan B:
- 40 gm timun /dipotong dadu kecil
- 30 gm bawang besar /dipotong dadu kecil
- 40 gm yogurt
CARA MEMASAK :
1. Campurkan bahan A ke dalam bekas untuk perapan hirisan ikan salmon. Perap selama 4 jam.
2. Untuk bahan B, ambil timun dan bawang besar campurkan dengan yogurt. Masukkan sedikit garam untuk menyeimbangkan rasa masam yogurt. Sejukkan.
3. Panaskan kuali @ pemanggang. Letakkan sedikit minyak dan pastikan kuali cukup panas supaya isi tidak melekat di kuali.
4. Kemudian masak ikan salmon selama 5-7 minit setiap belah bahagian, balikkan dan masak sebelah lagi dengan durasi masa yang sama. Pastikan tidak membalik-balikan ikan supaya isinya tidak hancur.
5. Setelah isi ikan masak, hidangkan bersama campuran timun, bawang dan yogurt yang telah disediakan tadi
6. Hiaskan bersama lemon dan daun salad jika suka.
7. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Goreng minyak sedikit atau gril
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Rasa yogurt dan rempah, sajian berkrim dan kaya aroma rempah
INFO CHEF: Ikan salmon mudah masak dan apabila ia telah bertukar warna lebih pucat, itu tandanya ia sudah masak.
3. KARI IKAN SALMON

.
BAHAN-BAHAN :
- 800 gm isi ikan salmon
- 150 gm bawang merah /dihiris
- 5 sm halia /dihiris
- 5 ulas bawang putih /dihiris
- 20 gm halba campur
- 1/2 biji santan kelapa
- 100gm yogurt
- 200 gm serbuk kari ikan
- 1 tangkai daun kari
- 60 gm asam jawab
- Garam secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hirisan bersama daun kari.
2. Masukkan halba campur dan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan serbuk kari ikan masak (dicampur sedikit air jadikan pes), dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air asam jawa dan didihkan, masukkan santan dan yogurt
5. Kemudian masukkan isi ikan salmon dan perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Perlahankan api dan didih lebih kurang 7-8 minit dan tutup api.
7. Kari ikan sedia dihidang bersama nasi putih atau roti
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15-20 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Ikan salmon lembut sedap dimasak kari
Anggaran kos : RM 50
INFO CHEF : Ikan salmon dimasukkan setelah kuah mendidih, dan jangan masak lama. Pastikan bahan tumis dan serbuk kari betul2 masak untuk dapatkan kari yang sedap.
4. SALMON WELLINGTON

.
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg ‘fillet’ salmon
- 30 gm bawang kecil | dihiris
- 20 gm bawang putih |dihiris
- 20 gm krim keju
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa | ditumbuk
- Stok ikan secukup rasa
- 60 gm bayam (baby spinach)
- 40 gm serbuk roti
- 40 gm keju parmesan | diparut
- 1 lapis pastri paf
- 1 biji kuning telur | dipukul
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan mentega di dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan krim keju dan perisakan dengan garam, lada hitam dan air stok ikan.
3. Biarkan didih dan masukkan bayam, serbuk roti dan keju parmesan.
4. Masakkan sebentar di atas api yang kuat fillet salmon (sear) di atas kuali, tebarkan pastri paf dan letakkan salmon tadi di atas dan bungkuskan salmon.
5. Sapukan pastri puff dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang dipanaskan dalam suhu 390 darjah celcius selama 30 minit.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 45 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan: Salmon yang dibalut pastri , sajian rangup dan berkrim
Info Chef : Bagi menjimatkan masa memasak boleh menggunakan pastri paf yang ada dijual di kedai bakeri.
5. GRIL SALMON WITH CREAM PENGAGA

.
BAHAN-BAHAN :
- 4 filet salmon
- 1/4 sudu teh garam
- 1/4 sudu teh lada hitam
- 2 sudu makan minyak zaitun
BAHAN SOS :
- 7.5 ml susu
- 118 ml krim keju
- 2 sudu makan daun pengaga (dicincang)
- 1 sudu makan parsli (dicincang halus)
CARA MEMASAK :
1. Panaskan gril sehingga kepanasan sederhana.
2. Sapukan kedua belah filet salmon dengan minyak zaitun, dan taburkan dengan garam dan lada hitam, perapkan sebentar. Gril bahagian berkulit ke bawah untuk sepuluh minit atau sehingga kulitnya
lekang dan mudah ditanggal dengan garfu. Balikkan.
3 .Sementara itu masak krim keju dan susu dalam saucepan dengan api sederhana selama dua hingga tiga minit. Atau sehingga krim keju benar-benar cair dan sosnya sudah cukup sebati.
4. Kemudian masuk daun pengaga yang telah dicincang halus. Kacau perlahan-lahan.
5. Hidangkan filet salmon yang siap dipanggang dengan sos pengaga. Taburkan dengan daun parsli.
INFO CHEF :
Usap jari anda di atas filet salmon untuk memastikan tiada tulang yang tertinggal. Sekiranya terdapat benjolan kecil itu tandanya tulangnya masih ada lagi. Cabut tulang menggunakan penyepit kecil .
(tweezers).
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu Memasak : 20 minit
Cara Memasak : Gril dan didih
Jenis masakan : Fusion
Keistimewaan : Sos pengaga memberi citarasa tempatan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sambal Ikan Pari Kering Paling Sedap, Ikut Resipi Ni Pasti Jadi

Pernah cuba makan Sambal Ikan Pari Kering? Nampak sangat sedap masakan saudari Zizah Mizie ni ikan?
Masak sambal ikan masin mungkin ramai yang sudah biasa namun psti ada juga dikalangan kita yang tidak pernah masak ikan pari kering ni.
Macam min sendiri, belum pernah masak ikan pari kering.Biasa lihat jika ke pasar tau psr malam namun tiada idea cara untuk mengolahnya dan juga resipi apa yang sesuai untuk dimasak.
Dengan adanya resipi perkongsian saudari Zizah ni, barulah tahu, rupanya jika dimasak sambal, memang sedap! Nanti bolehlah cuba beli ikan pari kering ni dan cuba sendiri menu ni. Pasti terangkat!
CARA MASAK SAMBAL IKAN PARI KERING PALING SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
- Ikan pari kering (empunya resipi beli yang nipis) – beli online disini
- 1 biji bawang besar – hiris – beli online disini
- 1 ulas bawang putih – hiris – beli online disini
- 5 sudu makan cili kering kisar – beli online disini
- Garam dan perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Potong kecil ikan pari, basuh dan toskan airnya.

2.Panaskan minyak dan goreng ikan pari kering tadi guna api yang kuat. Bila sudah garing, angkat dan toskan minyaknya.

3.Kurangkan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris.
4.Bila sudah naik bau,masukkan cili kisar.
5.Masukkan garam dengan secukupnya mengikut tahap kemasinan ikan pari kering anda.
6.Masukkan juga perisa dan tumis sambal hingga gring.
7.Akhir sekali, masukkan ikan pari kering yang telah digoreng tadi. Kacau hingga sebati dan sempurna perisanya.
8.Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zizah Mizie
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara-Cara Buat Ikan Masin Homemade Sedap & Tahan Lama.

Ikan Masin sesuai dimasak dengan pelbagai gaya hidangan. Selain goreng, ia boleh dimasak sambal, acar, gulai, kari dan sebagainya. Namun agak sukar untuk mendapatkan produk ikan masin yang dihasilkan oleh orang Muslim. Jadi untuk mengelakkan rasa was-was, puan-puan boleh cuba buat sendiri ikan masin homemade menggunakan resipi perkongsian saudari Mim Nazihah. Mudah sangat rupanya. Jadi jom cuba.
CARA BUAT IKAN MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Ikan segar
- Garam kasar
CARA MEMBUAT:
1. Siang ikan dan belah dari belakang seperti dalam gambar.

2. Buang perut dan juga insang ikan. Bersihkan dengan air bersih.

3. Atur ikan dalam bekas dan taburkan garam kasar. Lapiskan lagi dengan ikan dan tabur lagi garam. Jadikan susunan ikan berlapis-lapis. Tutup dalam bekas kedap udara dan peram semalaman. Letak bekas di ruang biasa sahaja dan tidak perlu simpan dalam peti sejuk.

4. Setelah semalaman, ambil ikan yang diperap tadi dan basuh bersih.

5. Susun ikan tadi diatas dulang atau para. Jemur ikan di bawah matahari terik hingga ke petang. Jika ikan masih lembab, ulang proses pengeringan pada keesokan harinya. Ikan yang betul-betul kering boleh disimpan lama dan tidak hapak.

6. Ikan masin homemade yang sedia untuk digoreng atau dimasak ikut selera masing-masing.

Kredit resipi & foto: Mim Nazihah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

