Resipi Perapan Sotong Bakar Paling Mudah & Sos Thai Stail Danok Sedap

Share

Bagi penggemar menu sotong bakar, resipi yang dikongsi dari saudari NurFazira Hanim Razmi ni antara yang terbaik untuk dicuba. Ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan menjadikan resipi ini begitu menarik sekali. Dinikmati pula bersama Sos Thai stail ala Danok, menjadikannya antara hidangan yang wajib anda cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CARA  BUAT PERAPAN SOTONG BAKAR PALING MUDAH

& SOS THAI STAIL DANOK SEDAP

BAHAN PERAPAN SOTONG:
Sotong secukupnya
Serbuk kunyit
Sedikit garam
Serbuk secukup rasa

CARA-CARA:
1.Bersihkan sotong dan lumurkan dengan bahan-bahan perapan yang lain.


2. Boleh sumbat kepala sotong dalam badan dengan kemas kemudian cucuk dengan lidi.
3. Untuk membakar sotong, susun dalam pemanggang namun jangan tutup. Masak hingga sotong mengeluarkan airnya.
4. Angkat seketika sotong dan biarkan air dalam pemanggang kering seketika.
5. Masukkan kembali sotong tadi dan tunggu hingga masak.
6. Tidak perlu bakar sotong terlalu lama kerana nanti akan menjadi liat.
7. Angkat dan hidangkan bersama sos Thai ala stail Danok.

 

BAHAN SOS THAI STAIL ALA DANOK (Jumlahnya ikut sotong yang digunakan)
Cili padi
Bawang putih (beli online disini)
Sos ikan – jangan letak banyak nanti terlalu masin (beli online disini)
Perahan jus limau nipis
Gula (beli online disini)
Gula melaka @ nise (beli online disini)
Chili flakes @emping cili (beli online disini)


Sos cili (beli online disini)
Sos tiram (beli online disini)
Bawang merah (beli online disini)
Daun ketumbar @ daun sup

CARA MEMASAK SOS:
1. Racik halus nise @ gula melaka. Kemudian larutkan dalam air panas.


2. Cincang halus cili padi dan bawang putih. Masukkan ke dalam bekas larutan nise tadi.
3. Kemudian masukkan sos ikan, perahan jus limau nipis, sedikit gula, sos cili dan juga sos tiram untuk memekatkan sos. Kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar @ daun sup, emping cili dan bawang merah yang dimayang halus.
5. Sebatikan dan rasa. Tambah mana perasa yang tidak cukup mengikut cita rasa anda.
6. Hidangkan bersama sotong bakar tadi.

Kredit resipi & foto: NurFazira Hanim Razmi

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN