Resipi Pepperoni Cheesy Pizza ni nampak mudah dan sangat sedap. Toppingnya pun ringkas saja. Ada kepingan pepperoni dan lelehan keju yang sempurna. Anak-anak memang suka pizza simple begini. Nak lagi best, guna keju Perfect Italiano Mozzarella dan Perfect Italiano Perfect Pizza. Si kecil anda pasti makan tak henti. Lebih enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry.
PEPPERONI CHEESY PIZZA
Bahan-bahan:
4 keping roti wholemeal
4 sudu besar puri tomato
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar mixed herbs
100gm pepperoni
80gm Perfect Italiano Perfect Pizza
80gm Perfect Italiano Mozzarella
Ads
Cara Memasak:
Gaulkan puri tomato, sos tomato dan dry herb di dalam mangkuk. Perasakan untuk menyedapkan lagi rasa.
Sapukan sos pada roti, taburkan keju Perfect Italiano Mozzarella dan keju Perfect Italiano Perfect Pizza lalu letakkan pepperoni di atasnya.
Bakar dalam air fryer pada suhu 160°C selama 10 minit atau sehingga keju perang.
Hidangkan bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry.
Siapa je yang tak suka dengan gabungan telur dan keju yang enak dalam setiap gigitan kan? Roti Telur Cheese ni bukan saja mudah disediakan tetapi sesuai juga untuk hidangan bersahur. Anda boleh menikmati hidangan yang rangup di luar, lembut dan cheesy di dalam. Nak lagi enak, masak menggunakan keju Chesdale yang tinggi protein dan kalsium serta Anchor Spreadable untuk hidangan yang lebih harum.
ROTI TELUR CHEESE
Bahan-bahan:
6 keping roti
2 biji telur
3 keping keju Chesdale
2 sudu besar Anchor Spreadable
Salad
2 sudu besar mayones
2 sudu besar sos cili
Cara Memasak:
Salutkan roti dengan telur. Masukkan Anchor Spreadable di dalam pan dan masak roti hingga keperangan.
Gaulkan mayones bersama sos cili dan sapukan pada roti yang telah masak.
Letakkan keju Chesdale dan salad.
Sedia untuk dihidangkan. Enak dinikmati bersama Fernleaf Yogurt Strawberry.
Burger Ayam Crispy Korea Cheese Banjir ni memang mantap. Ada kombinasi rasa keju dan pedas yang memikat selera. Ayam garing dengan sos Korea pedas dan tambah pula dengan Keju Chesdale Burger yang memeleh, memang terbaik. Setiap gigitan buat rasa nak tambah lagi. Lagi best kalau minum dengan Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Mango ni. Sejuk dan menyegarkan. Confirm tersandar lepas makan. Jom cuba!
BURGER AYAM CRISPY KOREA CHEESE BANJIR
BAHAN-BAHAN A:
2 keping dada ayam
2 biji telur – pukul pakai garfu
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung beras
1 sudu makan serbuk cili korea
1 sudu makan + 1 sudu teh serbuk cili
Garam & lada sulah secukupnya
Bahan-bahan lain:
10-12 keping Chesdale Burger
2 biji roti bulat – belah tengah
Hirisan salad secukupnya
Sos cili/tomato secukupnya
Anchor Unsalted Butter
2-3 sudu makan sos cili korea
CARA MEMASAK:
Dada ayam diketuk/leperkan menggunakan pengetuk daging lalu tabur dengan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
Di dalam mangkuk; satukan tepung beras, tepung jagung, serbuk cili korea dan 1 sudu makan serbuk cili. Tambah sedikit garam lalu gaul sebati.
Ambil sekeping dada ayam lalu celup dalam bancuhan telur kemudian lumurkan dalam campuran tepung tadi hingga rata.
Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali. Goreng dada ayam yang telah disalut tepung tadi hingga garing dan keperang-perangan. Toskan lebihan minyak.
Di dalam kuali kecil; letak 3-4 keping Chesdale Burger dan 1 sudu teh serbuk cili lalu cairkan sepenuhnya. Ketepikan.
Sapu sedikit Anchor Unsalted Butter pada roti lalu gril kan sekejap.
Untuk membuat burger; Letak sekeping Chesdale Burger atas roti. Kemudian letak kepingan ayam goreng, tuang sos cili korea serta cairan keju Chesdale Burger ke atas ayam sepenuhnya hingga meleleh, letak hirisan salad dan sos cili/tomato secukupnya. Letak sekeping lagi Chesdale Burger lalu tutup dengan sekeping lagi roti. Hidangkan.
Nak lebih enak dan berkhasiat, hidangkan bersama Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Mango.
Portugese Egg Tart merupakan antara pastri kegemaran ramai. Jika anda teringin nak makan Portugese Egg tart, boleh saja buat sendiri dan tak perlu bersusah payah untuk ke bakeri lagi selepas ini. Yang penting, pastikan ada stok pastry puff segera di dalam peti sejuk anda.
Nak lebih enak, tambahkan Anchor Cheese Slices di atasnya. Keju Anchor ni memang baik untuk seisi keluarga kerana ia diperbuat daripada susu New Zealand yang kaya dengan kalsium dan protein. Jika berkesempatan, jom cuba resipi ini.
PORTUGESE EGG TART BERSAMA ANCHOR CHEESE SLICE
BAHAN-BAHAN A:
Puff pastry secukupnya
8-10 Anchor Cheese Slices | potong kecil
BAHAN-BAHAN B (INTI):
200ml susu UHT Fernleaf
2 biji telur – gred A
2 sudu makan gula kastor
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Potong puff pastry mengikut acuan kulit tart lalu bentukkan rapi. Bakar kulit tart di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C hingga ¾ masak. Sejukkan sebentar.
Di dalam periuk, satukan semua bahan B lalu kacau menggunakan whisk. Masak dengan api yang kecil sambal kacau berterusan hingga jadi kastard yang agak kental. Tutup api dan sejukkan sebentar.
Tuang adunan inti tadi ke dalam kulit tart yang telah dibakar ¾ masak tadi.
Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C lalu bakar selama 20 minit.
Keluarkan tart dari ketuhar, susun Anchor Cheese Slices ke atas setiap biji tart. Masukkan semula ke dalam ketuhar lalu bakar lagi dalam 3-4 minit atau hingga cheese cair. Hidangkan panas.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!