Resipi Pepes Ayam Sedap Boleh Buat Sendiri Di Rumah

Share

Sedapnya Pepes Ayam. Kalau makan panas-panas memang nikmat. Sesuai dijadikan sajian minum petang atau sajian makan malam bagi anda yang tak suka menu berat. Pepes ni kalau beli, harganya boleh tahan. Jadi jom belajar buat sendiri guna resipi perkongsian dari saudari Rosmirah Yussof. Tak guna banyak bahan pun. Selamat mencuba!

CARA MASAK PEPES AYAM SEDAP

BAHAN-BAHAN:
3 ketul dada ayam
2 biji telur
Daun pisang secukupnya
Stepler atau lidi secukupnya

BAHAN KISAR:

1 biji bawang besar (beli online disini)
2 sudu teh ketumbar (beli online disini)
1 sudu teh jintan manis (beli online disini)


1 sudu teh jintan putih (beli online disini)
5 tangkai cili kering (beli online disini)
Sedikit halia
1 Inci kunyit hidup
Sedikit daun kunyit – hiris halus
3 ulas bawang putih (beli online disini)
3 batang serai
1 kotak santan (beli online disini)
1 ketul kiub ayam (beli online disini)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan kecuali santan, garam, gula dan minyak masak. Kisar hingga halus

2. Rupa bahan yang siap dikisar halus.

3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar tadi hingga naik bau. Masukkan santan. Gaul rata.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sampai bahan menjadi pekat.

5. Ambil dada ayam dan potong kecil. Masukkan ke dalam pengisar bersama telur.

6. Kisar isi ayam dan telur hingga halus. Tidak perlu tambah air.

7. Sejukkan dahulu bahan yang ditumis tadi.

8. Kemudian campurkan bahan yang ditumis bersama isi ayam kisar. Gaul sebati.

9. Sediakan daun Pisang. Potong lebih kurang saiz 3×4 inci. Letak satu sudu makan adunan ayam.

10. Lipat bahagian hujung. Kemaskan bahagian hujung supaya tak terbuka.

11. Hasil Pepes Ayam yang telah dibungkus.

12. Kukus Pepes Ayam dalam pengukus lebih kurang 10-15 minit. Bila sudah siap kukus, boleh diangkat dan terus dibakar atau disejukbekukan.

13. Pepes Ayam yang sudah siap boleh dibakar di dalam kuali atau ketuhar. Bila warna menjadi coklat keperangan, bolehlah diangkat.

14. Pepes Ayam homemade siap untuk dihidang.

INFO: Jika tiada daun pisang, boleh masukkan adunan Pepes Ayam ke dalam loyang yang telah disapu minyak. Kukus hingga masak. Bila siap dikukus, potong dan bolehlah dibakar.

 

Kredit resipi & foto: Rosmirah Yussof

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN