Resipi Pengat Bebola Durian. Manisan Kampung Mudah Yang Sangat Sedap

Share

Teringin nak makan sajian berkuah dan sedikit manis? Boleh cuba resipi Pengat Bebola Durian perkongsian saudari Wirawati Negara ni. Nampak sedap dan cara membuatnya pun sangat mudah. Bagi anda yang sukakan sajian pengat, sesuai sangatlah cuba menu ni. Sekali gigit, terasa enak durian. Wow! Memang berbaloi.

CARA MASAK PENGAT BEBOLA DURIAN

BAHAN DOH DURIAN:
7-8 ulas isi durian
Tepung pulut secukupnya beli online disini
Air untuk merebus secukupnya

BAHAN KUAH:
1/2 kotak santan beli online disini


Sedikit air
2 helai daun pandan
2 ulas durian
Gula merah / gula melaka secukupnya beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Untuk menyediakan doh, ambil durian dan buang bijinya. Lenyekkan.


2. Masukkan tepung pulut dengan secukupnya. Sukatan agak-agak doh tidak melekat di tangan. Uli hingga jadi doh yang sempurna. Tidak perlu tambah air.


3. Rupa doh durian dan tepung yang telah siap diuli.


4. Cubit doh dan bulat-bulatkan.


5. Doh bebola durian yang telah siap dibulatkan.


6. Didihkan air dalam periuk bersesuaian. Bila air telah mendidih, masukkan bebola durian tadi.


7. Bila doh mula timbul, angkat dan toskan airnya. Ketepikan.


8. Untuk membuat kuah pengat, masukkan santan ke dalam periuk bersama sedikit air supaya kuahnya tidak terlalu pekat.
9. Masukkan juga daun pandan. Masak guna api perlahan namun jangan sampai santan menggelegak.


10. Tambahkan ulas durian. Jika suka, boleh masukkan lebih tetapi nanti kuah akan menjadi terlalu pekat. Jadi terpulang atas cita rasa.


11. Masukkan gula merah. Boleh juga menggunakan gula melaka. Kemanisan boleh ikut cita rasa masing-masing.


12. Akhir sekali masukkan bebola durian yang telah siap dimasak tadi. Gaul rata dan bila kuah mula mendidih manja, padamkan api.


13. Pengat Bebola Durian sedia untuk dihidangkan. Lebih enak jika dimakan sejuk.

Kredit resipi & foto: Wirawati Negara

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN