Resipi Paru Sambal Berlado Enak. Masak Sendiri Memang Puas Hati

Share

Paru @ Kelempung Sambal Berlado tentunya digemari ramai. Pedas berperisa, dimakan pula bersama nasi putih hangat, memang mengundang selera. Sudah selera rakyat Malaysia yang sukakan masakan bercili begini. Anda tak makan paru? Jangan susah hati, boleh sahaja diganti dengan daging atau isi ayam. Cara masaknya sama sahaja, Cuma tukar bahan utama. Sedap tau paru yang dimasak begini. Kalau makan dengan nasi lemak pun sesuai. Nak cuba? Saudari Haznita Hadzmi ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!

 

CARA MASAK PARU @ KELEMPUNG SAMBAL BERLADO

BAHAN-BAHAN:

Paru @ kelempung secukupnya
Garam
Serbuk kunyit beli online disini
1 batang serai – dititik
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN KISAR KASAR:
Cili merah beli online disini
Cili kering beli online disini
Bawang merah beli online disini
Bawang putih beli online disini
(jumlahnya bergantung pada jumlah paru yang digunakan)

CARA MEMASAK:

1.Bersihkan paru @ kelempung dan rebus hingga lembut dengan anggaran masak lebih kurang 30 – 40 minit.


2. Bila sudah lembut, angkat, toskan dan tunggu sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihiris.
3. Hiris paru mengikut saiz yang anda suka. Kemudian gaulkan dengan garam serta serbuk kunyit dengan secukupnya.


4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hirisan paru tadi hingga sedikit garing. Api jangan kuat untuk elak paru menjadi hangus. Angkat dan toskan.


5. Sementara itu, kisar kasar cili merah, cili kering, bawang merah dan bawang putih. Jumlahnya bergantung pada berapa banyak paru yang dimasak.


6. Dengan menggunakan lebihan minyak gorengan paru tadi, tumis serai yang telah dititik.


7. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar kasar. Tumis sampai pecah minyak. Untuk rasa sambal yang lebih sedap, boleh masak guna api sederhana dan lama supaya lebih menaikkan rasa sambal.


8. Tambah gula dan garam dengan secukup rasa.
9. Bila bahan tumis sudah cukup masak, masukkan paru yang telah digoreng tadi. Gaul rata hingga semua bersalut dengan sambal.


10. Paru @ Kelempung Sambal Berlado sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Haznita Hadzmi

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN