Resipi Paprik Ayam Terbaik, Rasa Macam Makan Di Kedai Tomyam

Share

Paprik ayam memang sedap kalau makan di kedai tomyam. Ada yang suka paprik ayam dan ada yang suka paprik campur. Menu ini cukup lengkap kerana ada sayuran sekali dalam hidangan.

Paprik ayam ini dihidang dengan nasi panas, sekali dengan telur dadar, memang padu gabungannya. Tak percaya, cuba buat. Ikut saja resipi perkongsian daripada Khas Fena ini. Memang sedap macam di kedai tomyam. Gerenti makan bertambah.

PAPRIK AYAM

BAHAN-BAHAN:

1 labu bawang besar

4 ulas bawang putih – Boleh beli online di sini

1 inci halia

1 batang serai (diketuk)

3 sudu besar cili kisar – Boleh beli online di sini

Dada ayam / atau bahagian lain (dipotong kecil)

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos cili Thai – Boleh beli online di sini

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos ikan – Boleh beli online di sini

½ sudu besar kicap manis

½ mangkuk air

Lobak merah – Boleh beli online di sini

Putik jagung

Brokoli

Kubis bunga

6 biji cili padi (diketuk) 

Kacang panjang / kacang buncis (pilihan)

Daun limau purut

CARA MEMASAK:

Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan hali yang telah dihiris, serta serai yang telah diketuk.

Setelah bahan tadi garing, masukkan cili kisar.

Masak sehingga garing, pecah minyak begini.

Kemudian, masukkan dada ayam atau bahagian ayam yang lain yang telah dipotong kecil. Masak sehingga ayam kecut atau sampai masak.

Setelah itu, masukkan sos cili, sos cili Thai, sos tiram, sos ikan dan kicap manis.

Masukkan setengah mangkuk air.

Biarkan mendidih seketika.

Masukkan pula sayuran seperti lobak merah, kubis bunga, brokoli dan putik jagung. Kalau ada kacang panjang atau kacang buncis pun boleh masukkan. Jangan lupa masukkan sekali cili padi yang telah diketuk.

Akhir sekali, masukkan daun limau purut. Buangkan tulang tengah daun tu ye. Tak masuk daun ni, tak menjadi lah paprik.

Sayuran dah lembut, bolehlah tutup api. Tak perlu tambah garam atau perasa lain lagi. Sos tadi dah beri cukup rasa.

Selamat mencuba.

Kredit: Khas Fena

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN