Resipi Nugget Tempe Mozzarella Yang Mudah & Berkhasiat. Memang Sedap!

Share

Jika anda sedang mencari menu yang sihat dan berkhasiat untuk anak-anak, boleh cuba resipi Nugget Tempe Mozzarella ni. Anak-anak pasti suka kerana rasanya sama saja seperti nugget biasa. Jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano untuk meningkatkan rasa dalam masakan. Jom cuba!

NUGGET TEMPE MOZZARELLA

BAHAN-BAHAN:

  • 200gram tempe – kukus lembut
  • 150gram Keju Perfect Italiano Mozzarella
  • 50gram isi ayam kisar – rebus
  • 50gram lobak merah – parut halus
  • 50gram tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 batang daun bawang – cincang halus
  • 2 ulas bawang putih – cincang halus
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • Garam dan lada sulah secukupnya
  • Breadcrumbs secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk besar, satukan tempe yang telah dikukus lembut, isi ayam kisar yang sudah direbus, lobak merah parut, cincangan daun bawang dan cincangan bawang putih.
  2. Tambah Keju Perfect Italiano Mozzarella, serbuk pati ayam, garam dan lada sulah secukupnya. Gaul semua bahan hingga sebati.
  3. Ambil sedikit campuran tempe tadi lalu tekapkan mengikut bentuk yang disukai atau bulat-bulatkan lalu leperkan sedikit.
  4. Celup nugget tempe dalam bancuhan telur lalu golekkan dalam breadcrumbs rata.
  5. Goreng nugget tempe dalam minyak yang panas hingga keperang-perangan. Hidangkan panas.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN