Resipi Nuget Nasi Panas-Panas, Yang Penting Tak Guna Tepung!

Share

Nuget Homemade memang mudah dibuat, resipi yang di kongsi oleh Ku Nor Ashikin yang menggunakan nasi panas untuk menghasilkan nuget memang menarik. Asalnya nuget ini dibuat untuk anaknya yang berumur 10 bulan. Tetapi sesuai dijamu untuk makan sekeluarga. Ikut kreativit jika mahukan sebarang penambahan rasa. Senang sangat! Boleh juga jadi bekal bento utk anak-anak ke sekolah.

 

NUGET NASI PANAS HOMEMADE


Bahan-Bahan:

  • 4 ketul dada /bahagian isi ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • Batang daun sup
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu minyak masak
  • 2 senduk nasi panas-panas
  • 1 sudu air @ ikut mana sesuai..tujuannye supaya senang masa nk blend nnti.
  • Lobak merah diparut (letak last sekali selepas blender)
  • Cincang daun sup sedikit

Bahan salut:

  • Telur dan serbuk roti secukupnya

Cara-Cara:

  1. Kisar semua bahan diatas hingga halus
  2. masukkan kedalam bekas bsesuaian dan kukus hingga masak
  3. dah masak,potong ikut bentuk disukai,celup dalam telur dan salutkan dgn serbuk roti
  4. simpan bahagian freezer

Kongsi resipi: KU Nor Ashikin

CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:

http://www.rasa.my/wow-resipi-langkah-demi-langkah-nuget-ayam-secara-homemade-untuk-keluarga-kurang-lemak-bebas-msg-2/

 

IKLAN