Anak Suka Snek? Cuba Nuget Ayam Brokoli. Sedap, Mudah & Berkhasiat.

Share

Anak-anak memang sukakan makanan ringat. Jika anda risau jamu si kecil dengan snek sejubeku yang dibeli, anda pun boleh buat sendiri. Nuget Ayam Brokoli homemade ni pasti menjadi kegemaran anda sekeluarga. Selain sedap dan jimat,  kebersihan juga terjamin dan bebas pengawet. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

NUGET AYAM BROKOLI

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping dada ayam | saiz besar
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah besar
  • Brokoli secukupnya | dihiris kecil
  • Daun ketumbar /daun sup secukupnya | dihiris
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Secubit garam
  • 1/2 cawan air masak

 

CARA MEMASAK:

1.  Satukan semua bahan di dalam pengisar dan kisar hingga halus.

2.  Keluarkan dan bentukkan mengikut kreativiti anda.

3.  Kukus seketika nugget tadi hingga masak. Sejukkan.

4.  Setelah nugget sejuk, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk beku dan digoreng pada bila-bila masa.

 

Kredit: Masz Rita

IKLAN