Resipi Ngor Hiang Yang Sedap Dan Mudah

Share

Masih lagi dalam suasana Tahun baru Cina, min nak share satu resipi masakan cina, dijamin halal, Ngor Hiang. Mungkin anda pernah mencubanya. Isi ayam dan sebagainya dibalut dgn kulit fucuk dan digoreng. Masakan yang agak meriah sebab banyak bahan-bahan digunakan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:
3 bungkus kulit fucuk (dilipat tiga dan potong dpt 12 keping, lapkan kulit fucuk dgn kain utk buang kotoran melekat)


1kg isi ayam didadu kecil
1kg isi udang didadu kecil
1 mangkuk bawang besar dicincang halus
1 labu bawang putih dicincang halus
1 mangkuk carrot hiris halus
1 mangkuk sengkuang hiris halus
1 mangkuk cendawan shiitake hiris halus
1 mangkuk daun bawang hiris halus
2 biji telur
Sedikit tepung beras untuk dicampurkan supaya bahan tak basah sgt…
1 sudu besar 5 rempah campuran (5 spices)
2 sudu besar minyak bijan
5 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cuka putih
5 sudu besar sos kicap cair
1 sudu besar serbuk pati ayam
Sedikit gula, lada sulah dan garam secukup rasa…

Cara memasak:

1.Gaulkan semua bahan mentah terlebih dahulu baru last masukkan telur dan tepung.. bila bahan mentah x basah sgt biarkan perap selama satu jam baru start balut..

2.1 keping fucuk masukkan dua sudu besar dan balut mcm buat popia… tepi kulit sapukan air tepung utk.melekatkannya..

3. Minyak yg cukup dan panas utk mengoreng… goreng dengan api sederhana bila minyak dah panaskan.

Kredit FB: Mary Teo Lee Na

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN