Resipi Nasi Serai Memberi Aroma Yang Pasti Membangkitkan Selera

Share

Pernah dengar Nasi Serai? Dengar nama je dah tahu bau aroma nasi ni confirm sedap! Apa jenis masakan kalau ada letak serai mesti aromanya memikat selera kita. Resipi Nasi Serai ni telah dikongsikan di Facebook oleh Roshima Ibrahim Shima. Cara penyediaan Nasi Serai ni sangat mudah. Paling best Nasi Serai ni sangat sesuai dimakan bersama lauk Daging Masak Palembang, Ayam Masak Merah, Kari, dan Rendang. Jom cuba resipi Nasi Serai ni!

 

Cantiknya Mind Cordless Steam Iron [Rose Gold Edition] dahlah warna Rose Gold! Korang boleh dapatkan Steam Iron ni dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!

 

NASI SERAI

BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras basmathi – BELI DISINI

6 cawan air

1 kiub pati ayam – BELI DISINI

5 batang serai dititik – BELI DISINI

2 helai daun pandan disimpul

2 kuntum bunga lawang – BELI DISINI

5 biji buah pelaga

1 batang kulit kayu manis

1 biji bawang besar dihiris – BELI DISINI

3 ulas bawang putih ditumbuk – BELI DISINI

1 camca kecil garam

3 sudu minyak masak / 3 sudu minyak sapi.

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Panaskan minya masak / minyak sapi dalam periuk.

2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.

3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.

4. Masukkan serai dan masukkan air dan masukkan kiub pati ayam.

5. Masukkan 1 camca kecil garam. Masukkan beras yang telah dibasuh.

6. Masukkan daun pandan yang di simpul.

7. Masak dalam rice cooker hingga masak.

Bila memasak nasi serai ni memang wangi satu rumah. Cubalah….bila makan pun bau wangi dan rasa yang sedap.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Roshima Ibrahim Shima

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:

 

IKLAN