Bosan pula makan nasi biasa. Apa kata ubah selera dengan nasi marjerin. Nasi jadi lembut dan wangi aromanya. Dipadu pula dengan ayam panggang memang sesuai dan menyelerakan. Boleh buat menu ini bila keluarga berkumpul nanti , pasti semua menggemarinya.
Bahan-bahan: 4 cawan beras 1 senduk besar marjerin-BELI ONLINE DI SINI 2 biji bawang merah -dimayang halus Sehelai daun pandan 2 kiub ayam-BELI ONLINE DI SINI 1 senduk kismis
Cara memasak: 1.Basuh beras. Toskan. 2.Cairkan marjerin dalam periuk nasi. 3.Goreng bawang hingga terbit bau. 4.Masukkan beras. 5.Kacau rata. Masukkan air secukupnya. 6.Akhir sekali masukkan daun pandan, kiub ayam dan kismis. 7.Kacau sehingga sebati.
Ayam Panggang
Bahan-bahan: 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 3 sudu madu 2 sudu sos tiram-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kicap pekat 1 sudu minyak bijan (pilihan) Sedikit lada sulah-BELI ONLINE DI SINI
Cara membuat: 1.Campurkan semua bahan tadi di dalam satu mangkuk,tak perlu letak garam, namun kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin. 2.Kemudian perap ayam yang telah direbus tadi dalam 15 minit. 3.Guna api sederhana kecil, apabila minyak betul-betul panas masukkan ayam, namun jangan masuk banyak sangat. 4.Goreng dalam 5 minit ke 7 minit sahaja. Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang.
Ads
Sambal Nasi Ayam
Bahan-bahan: 6 biji lada merah 2 ulas bawang putih 1 sudu jus limau nipis Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking) 4 sudu kecil gula 1 sudu kecil garam Air rebusan ayam 3/4 cawan 1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air
Cara membuat: 1. Kisar semua bahan. 2.Masukkan air rebusan tadi. 3.Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil. 4.Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.
Kuah Kicap Nasi Ayam
Bahan-bahan: Kuah kicap perapan ayam di atas Kicap manis cap kipas udang Sedikit garam Air rebusan ayam
Cara membuat: 1.Panaskan air rebusan ayam dan kicap di dalam periuk. 2.Kalau nak lebih pekat, gunakan kicap pekat atau tambahkan sedikit tepung jagung. Bagi sesetengah orang, mereka perahkan air asam limau ke dalam kicap. Jadi bergantung kesukaan anda, kalau suka bolehlah perah sedikit asam limau untuk kuah kicap nasi ayam anda.
Sup Ayam
Bahan sup Air rebusan ayam Lada sulah Daun sup Garam secukup rasa
Cara membuat: 1.Panaskan air rebusan ayam, tambahkan air jika terlalu pekat. 2.Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa. 3.Taburkan daun sup di atasnya.
Kalau makan nasi ayam di kedai, pasti tertanya-tanya macam mana hasilkan ayam yang sedap, garing diluar tapi lembut di dalam. Menerusi perkongsian saudara Mohd Azlie, beliau mengajar cara-cara untuk menyediakan hidangan ayam yang sedap dan ‘juicy’ untuk sajian nasi ayam. Mudah je rupanya. Bolehlah cuba nanti.
CARA MASAK AYAM UNTUK HIDANGAN NASI AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam segar – tanpa potong
BAHAN AIR REBUSAN AYAM:
3 liter air – boleh lebihkan bergantung pada saiz ayam
1/2 senduk besar garam
1-2 biji jus limau nipis
1 senduk besar gula atau madu -jika nak lebih sedap, guna madu
Kicap pekat secukupnya – jumlahnya agak-agak warna air tu jadi macam teh o nipis.
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan masukkan semua bahan untuk air rebusan ayam.
Bila air mendidih sekali lagi, masukkan ayam. Rebus selama 4 minit.
Angkat ayam tadi dan sejukkan sampai kulit ayam nampak kering. Kalau nak cepat kering, kipaskan atau jemur dalam masa 15 minit lebih kurang.
Panaskan minyak yang banyak sekurang-kurangnya boleh menenggelamkan seluruh badan ayam.
Panaskan minyak selama 15 minit menggunakan api sederhana. Pastikan api tidak terlalu kuat dan tidak terlalu kecil.
Masukkan ayam dan setkan masa antara 15-18 minit.
Angkat ayam dan toskan minyaknya. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Ayam panggang yang enak tidak semestinya boleh dinikmati di restoran sahaja. Jika ada resipi yang betul, menu ni anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Lebih sedap dan jimat kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Lind Razak ni!
AYAM PANGGANG ALA KENNY
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam ( berat 1kg+)
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam knorr / maggi
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
100ml air
BAHAN PERAP:
2 sudu makan madu (optional)
3 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan mixed herbs @ daun oregano
CARA MEMASAK:
1. POTONG & BERSIHKAN AYAM
Mula-mula, bersihkan ayam. Anda boleh potong 4 atau tak payah potong.Jika ia tak dipotong, jangan lupa masukkan sedikit bahan perapan ke dalam ayam nanti.
2. KISAR BAHAN
Kisarkan semua bahan kisarseperti dalam senarai di atas menggunakan ‘blender’.
3. PERAPKAN AYAM
Campurkan bahan perap iaitu madu, minyak zaitun, dan mixed herbs / oregano bersama bahan kisar dan gaulkan di dalam bekas. Tuang semua bahan ini ke dalam ayam dan lumur rata. Tutup bekasnya dan perap dalam 2 jam dalam peti ais di bahagian chill.
Jika nak letak ubi kentang dan lobak merah, hiris dan gaul dengan rempah. Tak perlu rebus terlebih dahulu.
4. MASAK
Panaskan oven pada suhu 180’c-200’c. Gunakan api atas bawah.
Bakar selama 1 jam – 1 1/2 jam sehingga masak.
Selepas 1/2 jam pertama, siram ayam dengan kuah perapan dan tuang minyak sedikit supaya ayam tidak kering.