Resipi Nasi Goreng Sosej Paling Senang.Tak Letak Sayur, Tak Letak Bawang

Share

Bagi anda yang punya anak-anak yang tidak suka sebarang ‘bendasing’ dalam makanan, boleh cuba resipi Nasi Goreng Sosej perkongsian saudari Jamaliiah Kamal ni. Bendasing yang dimaksudkan itu tidak lain tidak bukan, adalah bawang dan sayur. Ada juga ibu-ibu yang suka mengisar lumat bahan-bahan ini, namun bila nak cepat, jenuh juga nak kisar satu-satu. Namun begitu sayur ni penting untuk melengkapkan nutrien yang diperlukan oleh badan.  Sedikit demi sedikit boleh latih anak-anak untuk suka dan menerima. Tapi ibu-ibu kena la sedikit sabar dan kreatif untuk pikat selera mereka. Insya Allah, lama-lama mereka juga boleh terima. 

 

RESIPI NASI GORENG SOSEJ TANPA SAYUR & BAWANG

BAHAN-BAHAN:
Nasi sejuk secukupnya
Udang secukupnya
1-2 batang sosej – hiris bulat
Sotong secukupnya – hiris bulat
Telur
Garam dan perasa secukupnya
Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dengan secukupnya.
2. Masukkan hirisan sosej, udang dan juga sotong. Goreng seketika.


3. Seterusnya masukkan telur. Biar seketika dalam kuali kemudian barulah dikacau. Ini supaya tekstur telur sedikit kasar dan tidak terlalu hancur.


4. Tambahkan garam dan perasa Cukup Rasa dengan secukupnya.
5. Akhir sekali, masukkan nasi. Empunya resipi guna lebihan nasi dingin yang telah dikukus terlebih dahulu. Ia menjadikan nasi berderai dan tidak berketul bila digoreng.


6. Goreng nasi hingga semua bahan jadi sebati.


7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Jamaliiah Kamal

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN