Kalau sebut nasi beriani, ramai terbayangkan lauk ayam, kambing atau daging. Tapi tahukah anda, ada versi yang ringkas, murah dan tetap sedap – iaitu Nasi Beriani Telur
?Gabungan nasi beriani yang berempah harum bersama telur rebus yang digoreng dan dimasak bersama nasi beriani. Makan tak ada kuah pun sedap. Sesuai untuk hidangan keluarga, kenduri kecil atau bila anda nak merasa beriani tapi nak jimat kos.
3 cawan Beras Basmathi ( basuh bersih dan toskan)
1 cawan Susu Cair
3 sekawan
2 helai Daun Salam
6 biji Telur – rebus dan gorengkan
1-2 biji Bawang Besar – potong dadu
4 ulas Bawang Putih – hiris halus
1-2 biji Tomato – potong dadu
1 inci Halia – hiris
2 biji Cili Hijau – potong kasar
1 sudu kecil Serbuk Ketumbar
1 sudu kecil Serbuk Jintan Manis
1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih
1 sudu kecil Garam Masala
1 sudu kecil Serbuk Kunyit
1 sudu besar Serbuk Cili
1/2 cawan Air
1/2 cawan Yogurt Asli
Garam secukup rasa
3 sudu besar Marjerin
Nasi beriani lebih harum jika guna minyak sapi, tapi minyak masak, marjerin ataupun mentega juga boleh jadi alternatif.
Mudah kan cara buat Nasi Beriani Telur simple tapi sedap berempah ni? Walaupun hanya menggunakan telur rebus, rasa rempah beriani yang wangi menjadikan hidangan ini istimewa.
Kalau dah bosan dengan lauk harian, jom cuba resepi ni untuk kelainan di meja makan. Confirm licin periuk!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official