Resipi Nasi Ayam Penyet Versi Cepat & Mudah Disediakan

Share

Hari ini kita kongsi resipi nasi ayam penyet versi cepat dan mudah untuk disediakan.

Menu yang berasal dari Indonesia ni, memang cukup popular dijadikan hidangan makanan tengahari kerana lengkap dengan nasi, ayam dan sup.

Jom kita cuba resipi yang dikongsi saudari Raja Amanina ni. Memang nampak sedap!

 

NASI AYAM PENYET

BAHAN SAMBAL PENYET:

1 genggam cili padi merah & hijau – beli online di sini
5 biji cili merah – beli online di sini
3 biji tomato
1 biji bawang besar – beli online di sini
6 biji bawang merah – beli online di sini


4 ulas bawang putih – beli online di sini
2 sudu makan ikan bilis – beli online di sini
1 inci belacan – beli online di sini

TONTON Kuah Rojak Mi Bersama Zabedah Jambeli

TONTON Daging Kerutuk | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Goreng atau tumis sehingga layu dan naik bau.
2. Kisar bersama minyak tumisan (kisar kasar-kasar je atau nak tumbuk pun boleh, lagi sedap)
3. Masak sekali lagi hingga mendidih dan pecah minyak. Masukkan sedikit air asam jawa dan perasakan gula garam.

UNTUK PERAPAN AYAM:

Ayam | potong 4 (cucuk-cucuk pakai garfu)
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia – beli online di sini
1 inci lengkuas – beli online di sini
1 batang serai – beli online di sini


1 inci kunyit hidup – beli online di sini
1 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis – beli online di sini
2 sudu makan tepung beras – beli online di sini
2 sudu makan serbuk kari – beli online di sini
Garam


Sedikit gula (untuk rangup)

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA-CARA:

1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, kunyit, ketumbar dan jintan.


2. Satukan semua bahan dan perap ayam lebih kurang 1 jam (perapkan sekali tempe dan tauhu).
3. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

UNTUK SUP KOSONG:

Kaki ayam
Sup bunjut
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam
Daun sup

CARA-CARA:

1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan masukkan kaki ayam, air, sup bunjut.
2. Masak hingga kaki ayam empuk dan perasakan garam. Taburkan daun sup.

Kredit resipi: Raja Amanina

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN