Kalau dah bosan dengan nasi ayam goreng, nasi ayam bakar versi ini wajib cuba! Aroma ayam yang dibakar bersama butter dan minyak bijan memang memikat kulit ayam berkilat cantik, isi pula juicy dan lembut. Resipi nasi ayam ini bukan sahaja mudah disediakan, tapi hasilnya sedap macam makan di restoran!
Rebus ayam bersama halia dan bawang putih hingga masak. Air rebusan jangan dibuang ia akan digunakan untuk nasi, sos, kicap dan sup nanti. Toskan ayam dan ketepikan.
Gaul semua bahan hingga sebati dan perap ayam selama 30 minit. Sebelum bakar, sapu ayam dengan butter dan minyak bijan. Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit. Bila siap dibakar, sapu sekali lagi butter dan minyak bijan untuk hasil berkilat, lembut dan beraroma.
Panaskan minyak sapi dan butter, tumis bahan rempah hingga naik bau. Masukkan beras dan gaul sebati. Tambahkan air stok ayam serta garam, kemudian masak dalam periuk nasi elektrik. Bila nasi dah masak, kacau supaya lembut dan tidak berketul. Nasi ini akan menyerap aroma stok ayam dan menjadikan hidangan nasi ayam bakar
lebih wangi dan enak.Kisar semua bahan dan masak atas api perlahan hingga mendidih dan pekat. Sos pedas manis ini melengkapkan rasa ayam bakar anda.
Masak hingga mendidih dan tambah garam jika perlu. Rasa kicap yang manis masin ini menaikkan selera bila digandingkan dengan nasi dan ayam bakar.
Rebus semua bahan hingga mendidih. Sup ringkas ini memberi keseimbangan rasa pada keseluruhan hidangan nasi ayam bakar anda.
Kredit Resipi & Foto: Mdm Kelly
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA