Resipi Nasi Arab Sedap dan Paling Senang, Guna Bahan Di Dapur Saja

Share

Sedapnya sesekali dapat menikmati hidangan nasi arab. Dihidangkan dengan ayam, sup, sambal dan juga salatoh. Untuk ayamnya, ada yang gemar dibakar dan ada yang gemar dimasak sekali dengan nasi.

Apapun cara masak ayamnya, nasi arab ini sememangnya mempunyai keenakan rasanya yang tersendiri. Gabungan rempah-ratus yang digunakan dalam penyediaannya cukup menjadikan nasi arab ini digemari ramai tanpa mengira peringkat umur.

Ikuti perkongsian resipi nasi arab oleh Norashikin Ismail ini. Mudah membuatnya, lazat untuk dinikmati. Jom kita buat.

BAHAN-BAHAN:

(UNTUK REBUSAN AYAM, SUP DAN NASI)

1 ekor ayam (dipotong 4)

1 biji tomato (dibelah 4)* 

1 biji bawang besar (dibelah 4 atau 6)*

1 sudu kecil jintan manis* – Boleh beli online di sini

1 sudu kecil biji ketumbar* – Boleh beli online di sini

2 sudu kecil lada hitam* – Boleh beli online di sini

3 biji buah pelaga* – Boleh beli online di sini

2 kiub ayam

½ sudu kecil serbuk kunyit

1 sudu kecil rempah kurma (*saya guna 2 sudu besar) – Boleh beli online di sini

Akar ketumbar

Garam

CARA MEMASAK:

Rebus kesemua bahan dengan ayam. Kuahnya boleh dijadikan sup.

Bahan-bahan bertanda *, untuk rebusan ayam tak perlu dikisar. Cuma masukkan saja kesemuanya. Mahukan kuah yang lebih banyak, lebihkan bahan-bahannya.

(NASI)

BAHAN-BAHAN:

½ biji bawang besar (dimayang)*

1 inci halia*

Rempah 3 sekawan* – Boleh beli online di sini

2 sudu besar mentega * – Boleh beli online di sini

Air rebusan ayam

1 cawan beras = 1 @ 1 ½ cawan air (Basmathi)

Garam

Daun ketumbar

CARA MEMASAK:

Tumiskan semua bahan bertanda * di atas.

Kemudian, masukkan ke dalam beras yang telah siap dicuci.

Tambahkan air rebusan ayam dan daun ketumbar.

Ambil ayam yang direbus tadi dan masukkan sekali ke dalam nasi.

(SAMBAL ARAB)

BAHAN-BAHAN:

Cili api

Cili merah – Boleh beli online di sini

Tomato

Bawang putih – Boleh beli online di sini

Daun ketumbar

Garam

Gula

CARA MEMASAK:

Kisar semua bahan di atas dan campurkan jus lemon. Kacau sebati.

 (SALATOH)

BAHAN-BAHAN:

Timun (dipotong dadu)

Tomato (dipotong dadu) – Boleh beli online di sini

Bawang besar (dipotong dadu)

Garam – Boleh beli online di sini

Gula

CARA MEMASAK:

Satukan semua bahan di atas dan perahkan lemon. Gaul rata.

(AYAM VERSI BAKAR)

BAHAN-BAHAN:

Serbuk kari – Boleh beli online di sini

Serbuk cili

Sos tiram

Garam

Brown sugar / madu (*saya guna madu) – Boleh beli online di sini

2 sudu besar minyak masak

CARA MEMASAK:

Perapkan ayam seketika.

Kemudian, bakar ayam di dalam oven dengan suhu 150°c selama 20 hingga 30 minit.

(*Saya lebih suka versi ayam yang dimasukkan terus ke dalam nasi. Ayam akan terasa lembut isinya.)

Sedia untuk dihidangkan.

Kredit: Norashikin Ismail

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN