Resipi Mudah Sambal Tempoyak Daun Kayu Ori Negeri Sembilan

Share

Sambal Tempoyak Daun Kayu sememangnya digemari ramai. Harum bau aneka herba yang dihiris halus, ditambah pula dengan rasa tempoyak yang enak, ada rasa pedas, memang memukau selera. Cara membuatnya sangat ringkas namun bahan-bahan yang diguna haruslah lengkap. Barulah makan pun rasa puas.

Nak cuba masak Sambal Tempoyak Daun Kayu guna resipi original dari Negeri Sembilan? Saudari Nazuhaina Azu ada kongsikan bahan-bahan dan juga caranya. Cuma resipi ini dalam jumlah yang banyak. Untuk membuat dalam jumlah sedikit, anda boleh bahagikan sukatannya menjadi bahagian yang lebih kecil. Selamat mencuba!

 

CARA MASAK SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU ORI N9

BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk ubi – hiris halus
5 helai daun kunyit – hiris halus
20 helai daun kaduk – hiris halus
10 helai daun mangun – hiris halus
5 batang serai – hiris halus
Petai ambil isi saja
Ikan bilis
1kg tempoyak mentah
1kg santan pekat (4biji kelapa)
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR
1/2 cawan cili padi
2 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:
1.Bersihkan semua bahan dan mayang bahan-bahan yang perlu dihiris halus.

2. Kisar cili padi dan kunyit hidup. Kemudian masukkan dalam kuali.


3. Masuk santan dan tempoyak. Sebatikan. Apabila sudah mendidih, masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi.


4. Seterusnya masukkan ikan bilis dan juga petai yang telah dikupas kulitnya. Masak hingga pekat.


5. Perasakan Sambal Tempoyak Daun Kayu dengan garam secukupnya. Padamkan api dan siap untuk dihidangkan.

INFO: Pasti ramai yang tidak kenal rupa pokok dan Daun Mangun kan? Ini pokoknya.

Kredit resipi & foto: Nazuhaina Azu

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN