4. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan lada hitam yang ditumbuk halus. Tumis sampai garing. Guna api kecil je, takut hangit.
5. Bila bahan tumisan dah garing, masukkan 2 liter air, petola, kentang dan lobak merah. Biarkan mendidih sampai kentang empuk.
Ads
6. Bila kentang dah masak elok, masukkan bebola ikan tadi. Bebola ikan tadi tak rebus asing pun. Masuk je seketul-seketul gitu. 7. Masukkan suhun dan cili merah. Perasakan dengan garam ikut selera. Biarkan mereneh selama 2 minit, boleh matikan api. 8. Tadaaaaaa. Dah siap. Senang je kan? Yang leceh tadi bebola ikan je. Tapi bila makan uishhhh puas hati. Terasa ikannya.
Ada stok daging dalam peti sejuk tapi tak ada idea nak masak apa untuk lunch hari ni? Usah pening-pening. Mari kita cuba menu ringkas ni. Daging Goreng Rempah Kering pastinya memikat selera anda. Sesuai sangat bagi anda yang sukakan lauk yang tidak berkuah tapi penuh perisa.
DAGING GORENG BEREMPAH KERING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging ] hiris nipis
1 biji bawang Holland ] hiris bulat
1 batang seleri ] hiris serong
3 tangkai daun kari ] lurutkan dari tangkai
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan yogurt
3 sudu makan minyak masak untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunya lawang
5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis, daun kari, diikuti bahan kisar. Tumis hingga wangi. 2. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili. Kacau rata hingga timbul minyak. 3. Masukkan daging, terus kacau hingga daging layu dan empuk. 4. Apabila daging layu masukkan yogurt, hirisan batang seleri dan bawang Holland. 5. Apabila air daging kering, perasakan dengan yogurt, garam dan gula secukup rasa. 6. Angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Sebaiknya guna daging batang pinang bagi elak daging dimasak terlalu lama. Ia bertujuan untuk mendapatkan rasanya yang berjus dan lebih lembut.
Chef Liza Zainol memang wanita luar biasa. Bakatnya bukan sahaja diwarisi oleh anaknya Chef Azrin Zuliani atau lebih dikenai sebagai Chef Erin tetapi kesemua lima anaknya mahir memasak. Paling mengkagumkan putera tunggal beliau seorang anak OKU, Mohamad Azrol Afifi juga boleh memasak makanan mudah.
Bekas guru bahasa Inggeris ini juga telah berjaya mengeluarkan produk makanan sendiri sambal Azza yang juga bakal disusuli dengan beberapa produk perencah dan rempah ratus yang lain. Harapannya adalah semoga anak-anak dapat meneruskan legasinya dalam bidang masakan dan menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang ini.
Bagi sajian Raya ni Chef Liza Zainol dan anaknya Chef Erin sudi berkongsi lauk Nasi Daging Air Asam Morocco.
Nasi Daging Air Asam Ala Moroccan
Bahan-Bahan :
4 cawan beras basmati
5 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
Garam secukup rasa
A: Bahan untuk direbus bersama daging :
1 kg daging /dipotong kiub (10 ketul)
1 sudu makan rempah kurma
4 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
3 ulas bawang merah /dikisar
3 ulas bawang putih /dikisar
3 sm halia – dikisar
1 sudu teh lada hitam/ditumbuk lumat
6 cawan air
B: Bahan untuk ditumis
2 sudu makan minyak sapi
2 labu bawang besar/ dihiris nipis
4cm halia
2 helai daun pandan pandan
1 sudu makan rempah Biryani
1 sudu makan rempah kari daging
Bahan air asam: 3 biji tomato merah 2 biji bawang besar/ hiris nipis 2 biji air asam limau/limau nipis 2 sudu makan sambal belacan
Cara Memasak: 1. Rebus daging bersama bahan A sehingga lembut, ketepikan 2. Tumis bahan B sehingga naik bau kemudian masukkan rempah biryani dan rempah kari daging. 3. Kemudian masukkan beras basmati, kacau dan tuang air rebusan daging dan susu cair, masukkan garam, biarkan mendidih.. 4. Setelah beras tadi hampir kering, masukkan daging ke dalam nasi, dan masak lagi 15 minit. Sedia untuk dihidang dalam bekas tajin. (periuk tradisi Morocco) 5. Cara memasak air asam : Campurkan semua bahan di atas, garam dan gula secukup rasa. 6. Hidangkan bersama nasi daging.
TIP CHEF LIZA: Agar beras basmathi lembut dan gebu, rendamkan beras selama setengah jam bersama garam dan cuka.
Sepanjang musim PKP ni, asyik masak je. Pasti ramai ibu-ibu yang sudah buntu memikirkan menu untuk dihidangkan buat keluarga. Bagi anda yang tercari-cari sajian yang sedap dan mudah masak, resipi MiRebus perkongsian saudari Mariana Zainal ni boleh dicuba. Sangat mudah dan tentunya sedap.
CARA MASAK MI REBUS SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging – rebus empuk & hiris nipis. Boleh ganti dengan ayam, kerang atau udang
1kg ubi keledek oren – rebus, tos & kisar dengan air. Boleh lebihkan jangan kurang. Nanti kuah tak pekat.
Mi kuning secukupnya
5 sudu makan rempah kari daging – bancuh dengan sedikit air
1 paket kecil serbuk cili – bancuh dengan sedikit air
5 sudu makan gula – jika suka manis, boleh tambah
1 sudu makan garam
3 sudu makan sos cili
Sedikit bahan perasa
Air untuk kuah – ikut kepekatan yang disukai. Agak-agak sahaja jangan cair.
2 senduk minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR HALUS:
2 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
5 sudu makan udang geragau
1 paket kecil taucu – boleh abaikan jika tiada
BAHAN SAMPINGAN ( terpulang ikut cita rasa):
Sawi – celur
Tauge
Te;ur rebus
Cili besar & cili padi
Bawang goreng
Tauhu – goreng dan hiris nipis
Cucur
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga agak garing.
2. Masukkan rempah kari dan serbuk cili. Tumis lagi hingga betul-betul pecah minyak.
3. Masukkan sos cili, daging (boleh juga masukkan ayam, kerang, udang), keledek kisar dan juga air ( air masukkan sedikit demi sedikit. Tak nak cair nanti tak sedap.)
4. Masak kuah hingga mendidih. Masukkan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
5. Angkat kuah, hidangkan bersama mi dan bahan sampingan.
CARA BUAT CUCUR UNTUK MI REBUS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 sudu teh yis
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit daun kucai
1 sudu teh gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan gaul sebati. Pastikan adunan tidak cair dan tidak pekat.
2. Peram adunan selama 30 minit hingga 1 jam.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga masak.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!