Resipi Mudah Buat Labu Sira Manis, Menu Pencuci Mulut Popular Di Kelantan

Share

Pernah tak makan Labu Sira Manis? Cuba sekali pasti jatuh cinta berkali-kali. Kalau pergi makan kenduri di negeri Kelantan, Labu Sira Manis ini antara menu yang cukup popular dihidangkan. Sajian pencuci mulut ini rasanya manis tetapi kalau kita hendak kurangkan gula, elok kita buat sendiri sebab kita boleh kawal penggunaan gula. Ini resipi Labu Sira Manis yang dikongsikan oleh Hasifah Che Mat

RESIPI LABU SIRA MANIS

BAHAN-BAHAN:

2 biji kecil labu kuning
Daun pandan – untuk alas labu dalam periuk
7-8 sudu besar gula –BELI ONLINE
3 ketul gula Melaka –BELI ONLINE
Garam secubit –BELI ONLINE

CARA MEMBUAT:

1. Basuh dulu kulit labu, buang kotoran pada kulit, barulah potong, buang biji dan basuh. Rendam dengan air kapur 10 minit, basuh dan toskan.

2. Susun daun pandan dalam periuk.

3. Susun labu selapis, tabur gula pasir dan gula Melaka secara selang seli. Ulang hingga labu habis dan letak garam secubit dua.

 

4. Api sederhana perlahan, masak labu dan tutup periuk (25-35 minit).

5. Jangan sampai kuah kering, biar berkuah sedikit dan tutup api.

6. Hidangkan panas atau sejuk. Selamat mencuba.

EKSTRA INFO:

1. Rendam air kapur nak bagi labu itu pejal.

2. Jangan letak air sebab nanti air labu akan turun banyak. Kalau letak air, labu akan hancur.

3. Api kena perlahan, slow cook. Baru cantik elok labunya.

4. Jangan bagi kuah kering sangat. Biar sedikit pekat kuahnya.

5. Nak labu berkilat? Lagi manis lagi berkilat. Tapi kita buat manis-manis buah sudahlah ye. Pun sedap.

6. Letak dalam peti sejuk. Makan sejuk-sejuk pencuci mulut ini lagi sedap.

7. Kulit labu tidak perlu buang supaya isi labu tidak penyek. Kulitnya nanti lembut rangup bila sudah masak. Sedap sangat.

Sumber kredit: Hasifah Che Mat

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

https://www.rasa.my/himpunan-30-resipi-menu-sahur-terbaik-sepanjang-bulan-ramadan/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN