Labu sira manis, biasanya boleh dijumpai pada bulan puasa. Dan ini lauk popular kalau hidangan kenduri kahwin di Kelantan.
Resipi yang dikongsi Hasifah Che Mat ini, kalau sekali dah cuba, memang akan jatuh cinta berkali-kali. Memang sedap!
LABU SIRA MANIS
BAHAN-BAHAN:
2 biji kecil labu kuning Daun pandan (untuk alas labu dalam periuk) 7-8 sudu makan gula – beli online di sini 3 ketul gula melaka – beli online di sini Secubit garam
1. Basuh dulu kulit labu, buang kotoran pada kulit baru potong baji, buang biji, basuh dan rendam dengan air kapur selama 10 minit, basuh dan toskan.
2. Susun daun pandan dalam periuk. 3. Susun labu selapis, tabur gula pasir dan gula Melaka secara selang seli. Ulang hingga labu habis dan letak garam secubit dua.
1. Rendam air kapur nak bagi labu tu pejal. 2. Jangan letak air sebab nanti air labu akan turun banyak. Kalau letak air, labu akan hancur.
Ads
3. Api kena perlahan, guna kaedah ‘slow cook’. Baru cantik elok labunya. 4. Jangan biarkan kuah kering sangat. Biar sedikit pekat kuahnya. 5. Nak labu berkilat? Lagi manis lagi berkilat. Tapi kita buat manis-manis buah sudahla ye. Pun sedap. 6. Letak dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk pencuci mulut ni. Sedap nya lahai. 7. Kulit labu tak payah buang supaya isi labu tak penyek, Kulitnya nanti lembut rangup je nanti bila dah masak. Sedap sangat.
Ingin jimat masa di dapur dan tidak mahu berkincah semasa memasak? Idea buat pes untuk seminggu ini mungkin boleh membantu. Bahan sedia ada di dapur dan cara memasak pun mudah. Jadi manfaatkan hujung minggu ini untuk sediakan pes tumis yang boleh dipelbagaikan kegunaan. Boleh tumis sayur, lauk pauk, nasi goreng ataupun mi goreng. Untuk memudahkan anda, berikut resipi yang boleh dicuba.
Harap dengan adanya pes tumis segera ini dapat membantu kerja memasak anda di dapur lebih mudah dan cepat ye…
BAHAN-BAHAN:
6 biji bawang besar | hiris
20 ulas bawang merah | hiris
20 ulas bawang putih | hiris
2 cawan pes cili kering.
1 cawan ikan bilis/udang kering | ikut cita rasa
1 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula
Garam secukup rasa
1 cawan minyak
CARA MEMASAK:
Bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili kering dan ikan bilis atau udang kering perlu ditumbuk atau kisar.
Tekstur ikut kemahuan anda, paling baik tidak terlalu lumat.
Panaskan minyak, kemudian tumis pes hingga pecah minyak, seterusnya tambah air asam, garam dan gula sebagai perasa.
Masak hingga pes agak garing. Tutup api.
Setelah sejuk, masukkan dalam bekas kedap udara atau botol kaca. tutup rapat dan simpan pada suhu bilik.
Untuk stok lebih lama simpan dalam peti sejuk. Dengan cara ini pes boleh tahan hingga 1-2 minggu.
Jika anda ingin menambah hirisan bawang semasa menumis tidak menjadi masalah. Terpulang kepada cita rasa.
Jika ingin mencuba berikut disertakan resipi masakana Ketam Kari Tumis Darar yang boleh anda cuba.
KARI KETAM TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam | bersihkan dan toskan
4 sudu makan pes tumis
Rempah penumis | kulit kayu manis, pelaga dan bunga
2 sudu makan air asam jawa
150ml susu rendah lemak
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Cuci bersih ketam kemudian toskan.
Panaskan minyak, tumiskan, rempah penumis dan rempah rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
Masukkan pes penumis dan daun kari, kacau rata.
Kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, susu rendah lemak dan diikuti ketam. Terbalik-terbalikkan ketam sehingga masak.
Resipi ayam masak taucu ini boleh jadi hidangan kalau dah bosan dengan lauk gulai ayam, ayam masak kicap, kari ayam dan sebagainya.
Walaupun taucu tak perlu letak banyak sebab mudah masin, tapi dengan sukatan yang betul, lauk ini jadi sangat sedap dan beraroma.
Taucu atau pes kacang soya diperam ini memang terkenal dalam masakan Cina, tapi bila digabung dengan bahan tumisan Melayu seperti cili kering, bawang dan serai, rasanya jadi cukup seimbang ada masin, pedas, masam dan manis semula jadi dari bawang. Memang sesuai sangat untuk makan dengan nasi putih panas.
Resipi Ayam Masak Taucu
Bahan-bahan
1 ekor ayam – dipotong sederhana & digoreng sekejap
3 labu bawang besar (sederhana)
5–6 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering – rendam & buang biji
1 inci halia
1–2 sudu kecil asam jawa – ambil airnya
60g taucu (apa-apa jenama, contoh Opah Nur)
2 batang serai – diketuk
1 biji bawang besar – potong bulat untuk hiasan
Cili merah – hiris serong
Daun sup & daun bawang secukupnya
Cara Penyediaan Ayam Masak Taucu
1. Kisar bawang besar, bawang putih, cili kering dan halia sehingga halus.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama taucu sehingga pecah minyak dan harum.
3. Masukkan air asam jawa dan serai yang diketuk. Tambah sedikit air jika mahu kuah lebih.
4. Bila kuah mendidih, masukkan ayam yang sudah digoreng. Gaul rata dan biarkan masak hingga ayam sebati dengan kuah.
5. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, cili merah, daun sup dan daun bawang. Siap untuk dihidang bersama nasi panas.
Tip
Jangan letak taucu terlalu banyak kerana ia masin semula jadi. Mulakan dengan sedikit, rasa dan tambah jika perlu.
Ayam elok digoreng sekejap dulu untuk pastikan ia lebih sedap dan tidak hanyir bila masuk ke dalam kuah taucu.
Kalau suka kuah pekat, biarkan ia mereneh lebih lama di atas api kecil.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!