Resipi Mudah Buat Biskut Sarang Semut Lejen, Guna Sukatan Cawan Je

Share

Biskut Sarang Semut adalah salah satu biskut raya tradisional yang menjadi kegemaran ramai sejak dari dulu sampai sekarang. Suatu ketika dulu biskut Sarang Semut dianggap cukup moden. Boleh dikatakan biskut ini diwarisi sehingga ke anak cucu. Raya ini jom kita hidangkan biskut Sarang Semut. Ini resipi yang dikongsikan oleh  Zulena Ismail

RESIPI BISKUT SARANG SEMUT

BAHAN A

250g marjerin (sebarang buttercup, daisy atau planta)
1 cawan gula ising –BELI ONLINE
1 biji kuning telur
Esen vanilla – BELI ONLINE

BAHAN B

1 cawan tepung gandum –BELI ONLINE
1 cawan tepung kastart- BELI ONLINE
2 cawan tepung jagung –BELI ONLINE
1 sudu besar susu tepung
(Guna sukatan cawan metric)

UNTUK HIASAN:

Gula pasir campurkan dengan serbuk pewarna @coklat urai (chocolate rice )

CARA MEMBUAT:

1. Sebatikan bahan A dengan senduk kayu.

2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh. Bulatkan doh kecil-kecil.

3. Sagat doh seperti dalam video.

4. Sudukan dan isi dalam cawan kertas saiz kecil hingga membukit sedikit.

5. Tabur hiasan dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

 

 

6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Sumber kredit: Zulena Ismail

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN