Resipi Mudah Ayam Masak Cencaluk Tak Guna Banyak Bahan

Share

Ayam Masak Cencaluk. Menu yang sangat ringkas, mudah dan sedap yang anda boleh masak sebagai sajian keluarga tercinta. Menu ini boleh tahan enaknya bahkan satu ketika dahulu, Tuanku Permaisuri Agong juga pernah berkongsi resipinya di IG Story Dato Rizalman. Nak cuba? Saudari AnieyRohani Abu Iban ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CARA MENYEDIAKAN HIDANGAN AYAM MASAK CENCALUK

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam
2-3 batang serai – diketuk
1-2 biji bawang merah – dimayang (beli online disini)


2-3 ulas bawang putih – dimayang (beli online disini)
1 inci halia – dihiris (beli online disini)
1 biji tomato – dibelah enam
1/2 biji bawang holland – dihiris kasar (beli online disini)

Cili – jumlah ikut tahap kepedasan masing-masing
Daun sup – dihiris

Cencaluk secukupnya (beli online disini)
Sedikit kicap manis (beli online disini)

CARA MEMASAK:

1.Bersihkan ayam dan toskan airnya.

2. Perap ayam dengan cencaluk. Jumlah cencaluk bergantung pada selera masing-masing. Gaul rata dan biarkan selama 15-30 minit.

3. Panaskan minyak. Masukkan serai.

4. Masuk ayam yang sudah diperap. Gaul dan biarkan ayam separuh garing. Masak guna api sederhana sahaja.

5. Bila ayam sudah separuh garing, masukkan hirisan bawang merah, bawah putih dan halia. Gaul sebati dan biarkan ayam garing bersama bahan-bahan tadi.

6. Tambah sedikit air (ambik dari bekas perapan tadi) dan tuang dalam kuali.

7. Masukkan sedikit kicap manis (anggaran 2 sudu makan). Gaul lagi hingga rata.

8. Seterusnya masukkan cili dan bawang holland. Gaul lagi.

9. Masuk juga hirisan tomato.

10. Akhir sekali tambahkan hirisan daun sup. Tidak perlu tambah garam dan perasa kerana cencaluk sudah mempunyai rasa masin.

11. Ayam Masak Cencaluk siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: AnieyRohani Abu Iban

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN