Resipi Coklat Milo Cube Homemade. Simple & Boleh Tambah Tenaga.

Share

Satu ketika dulu, Milo Cube ni pernah menjadi tular. Harganya boleh tahan mahal kerana ia diimport dari luar negara. Isinya? Alahai…kecil ‘cinonet’ sahaja. Pendek kata, kalau geng mak-mak yang ada ramai rakyat, sebungkus memang tak cukup. Bagi yang teringat-ingat akan rasanya tu, boleh cuba buat sendiri. Malah lagi sedap dari yang anda beli tu. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Mudah sahaja resipi perkongsian saudara Fendi Islam

ini.

 

RESIPI MILO CUBE HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm UHT Whipping cream ( krim putar)
  • 100gm chocolate coin @ bar
  • 100gm serbuk milo
  • Aluminium foil
  • Bekas kiub ais

CARA MEMASAK:

1. Satukan whipping cream, coklat dan milo di dalam mangkuk tahan panas. Gaul sedikit. Masukkan ke dalam microwave selama 3 minit pada suhu 250C. Jika tiada microwave, boleh guna kaedah ‘double-boiler’.

     

2. Keluarkan dan gaul sebati menajdi coklat ganache. Suhu jangan terlalu panas sehingga coklat berminyak. Nanti coklat akan lambat beku.

3. Sediakan aluminium foil seperti dalam gambar di bawah. Isikan dalam bekas ais kiub.

4. Tuang coklat ganache tadi. Bekukan selama 5-6 jam.

Nota: Jika mahu rasa coklat yang lebih kuat, boleh digolek di dalam serbuk milo.

        

Kredit resipi & foto: Fendi Islam

IKLAN