Resipi Mian Bao Xia @ Shrimp Toast Yang Sangat Sedap & Dijamin Halal

Share

Bagi peminat rancangan televisyen Korea Restaurant on Wheels USA pastinya pernah melihat Chef Lee Yeon Bok dan pasukan memasak hidangan Mian Bao Xia / Membosha / Shrimp Toast ini untuk dijual. Nampak mudah dan sangat menyelerakan. Ia berupa roti yang dipotong kecil, dikapit dengan inti dan digoreng rangup. Nampak mudah dan menyelerakan. Nak dibeli, rasanya tak ada restoran yang jual. Jadi jom cuba buat sendiri. Saudari Rayyan Rara

ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba!

CARA MASAK MIAN BAO XIA / MEMBOSHA / SHRIMP TOAST YANG SANGAT SEDAP

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1. Kupas kulit udang dan cincang halus.

2. Kemudian, satukan semua bahan (kecuali roti) ke dalam mangkuk. Sebatikan.

3. Ambil roti yang siap dipotong tadi. Sudukan 1 sudu adunan ke atas roti. 

Ulang proses hingga inti habis.

4. Ambil kepingan roti dan letak diatas inti tadi bagi menjadikannya seakan sandwic. Tekan sedikit supaya kepingan roti melekat.

5. Panaskan minyak masak dan goreng roti tadi. Pastikan api tidak terlalu kuat.

6. Bila Mian Bao Xia kelihata garing, angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Rayyan Rara

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

IKLAN