
Musim open house tiba lagi! Bagi yang belum tahu nak masak apa untuk tetamu, resipi yang RASA kongsikan ini pasti boleh membantu. Antara pilihan terbaik yang boleh anda cuba ialah Mi Rebus Johor resipi perkongsian Puan Faziatun Nisa Yusof Basha ni. Siap dengan resipi langkah demi langkah. Jadi senanglah ank cuba!
MI REBUS JOHOR
BAHAN-BAHAN:
- 1kg mi kuning- dicelur
BAHAN KISAR:
- 100g udang basah
- 3 sudu besar udang kering
- 2 biji bawang besar
- 3-4 ulas bawang putih
- 2 inci lengkuas
- 5-6 tangkai lada kering
BAHAN KUAH:
- 3 biji keledek- direbus dan dilecek
- 150-200g daging cincang/ daging tetel
- 1 batang serai
- 2 sudu besar serbuk kari daging
- 2 sudu besar taucu – kisar
- Garam dan gula secukupnya
- Air secukupnya
BAHAN HIASAN:
- Tauge – dicelur
- Tauhu goreng
- Telur rebus
- Bawang goreng
- Lada potong
- Daun bawang
CARA MEMASAK:
1. Rebus keledek dan lecek.
2. Tumis serai di belah dua.
3. Masukkan bahan blender. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi.
5. Masukkan daging cincang dan tambah air.
6. Biar mendidih dan masukkan taucu kisar.
7. Masukkan keledek lecek, reneh sehingga kanji keledek memekatkan kuah.
8. Perasakan dengan garam dan gula.
9. Celur mi dan tauge. Goreng tahu dan rebus telur.
10. Siap untuk dihidang
Kredit resipi & foto: Faziatun Nisa Yusof Basha
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gaya Masak Mi Soba Dari Jepun, Gandum Kuda ‘Buckwheat’ Yang Sedap

Selain mi Udon yang tebal dan kasar, mi nipis semacam lidi iaitu Mi Soba memang cukup popular di Jepun. Ia dibuat daripada ‘buckwheat’ iaitu tepung gandum kuda yang juga dikenali juga sebagai gandum hitam.
Biasanya mi ini dijual dalam bentuk kering dan berwarna sedikit kehijauan. Boleh dibuat sajian sejuk dan juga panas. Tapi untuk pengikut RASA min kongsikan 2 resipi Mi Soba hidangan panas. Takkan iklim macam Negara kita ni nak makan sejuk pulak kan. Senang aje buatnya. .
1. EBIYAKISOBA (SHRIMP FRIED NOODLE)
BAHAN-BAHAN :
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 1 biji lobak merah | diparut
- 2 helai daun kobis | diracik halus
- ¼ cili benggala hijau
- 500 gm udang
- 1 ikat daun bawang | dihiris kasar
- ½ sudu teh bijan
- 1 sudu teh kicap
- 1 paket mi soba yang sudah direbus
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga naik bau.
2. Masukkan bawang merah,lobak merah, kobis, cili benggala dan udang. Biarkan ia masak seketika.
3. Masukkan mi bersama kicap dan goreng seketika.
4. Akhirnya taburkan daun bawang dan bijan.
Saiz Hidangan :4 orang
Waktu Memasak : 30 minit
Cara Memasak : Tumis
Jenis Masakan : Sajian Mi Jepun
Keistimewaan : Mi berkicap dengan rasa udang yang manis
Anggaran kos : RM 20
Info Chef : Mi soba adalah mi yang halus helaiannya yang dibuat dari ‘buckwheat’ iaitu dari jenis gandum kuda atau gandum hitam.
2. SPICY MISO SOBA SOUP
BAHAN-BAHAN :
- 30ml cuka
- 100gm pes soba
- 10gm minyak cili
- 5gm minyak bijan
- 5ml minyak zaitun
- 10ml madu
- 30gm cendawan
- 70gm isi ketam
- 70gm isi ayam
- 30gm bawang Holland | dihiris
- 20gm bawang putih | dicincang halus
- 20gm lobak merah | dihiris
- 30gm tauhu lembut
- 10gm rumpai laut
- 20gm kepah
- 150gm mi soba
- 125ml air
CARA MEMASAK :
Cara masak sup miso soba
1. Didihkan air dan kemudian masukkan pes soba .
2. Selepas itu masukkan semua bahan-bahan iaitu cuka, minyak cili,minyak bijan,minyak zaitun, madu, cendawan,isi ketam,isi ayam,bawang Holland ,bawang putih ,lobak merah,tauhu lembut,rumpai laut dan kepah.
3. Apabila mendidih tutupkan api
4. Celur mi soba seperti mencelur pasta, letak sedikit garam dan toskan. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan sup di atasnya.
5. Sajian siap untuk dihidang
Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Rebus dan didih
Jenis masakan: Sajian Jepun
Keistimewaan: Miso Soba yang diperbuat daripada kacang soya dan rendah kalorinya
Anggaran kos: RM 15
Info Chef : Mi Soba adalah mi nipis dan menjadi pilihan utama sajian mi di Jepun selain mi tebal mi Udon.
Variasi Hidangan Kuey Teow Mudah & Memang Sedap

Pelbagai jenis hidangan boleh dihasilkan dengan menggunakan kuey teow.. Siapa penggemar kuey teow bolehlah cuba resipi-resipi ni! Selamat mencuba!
KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE
BAHAN (A)
- 1/2 kg kuey teow
- 3 biji telur – pukul hancur sahaja
BAHAN (B)
- 5-7 ulas bawang putih – cincang halus
- Udang dan sotong jika suka
- Minyak secukupnya untuk menumis
BAHAN (C)
- 1/2 sdm sos tiram
- 1/2 sdt kicap cair
- 1sdt kicap pekat manis
- 1/2 sdt kicap pekat – untuk warna sahaja
- 1/2 sdt pitis otak udang
- 1 sdm sos cili *Satukan sebati*
- Tauge secukupnya
- Daun kucai jika suka
CARA PENYEDIAAN
- Tumis bahan (B), bawang dahulu sehinnga kuning dan masukkan udang. Biarkan sekejap sehingga udang bertukar warna.
- Kemudian masukan bahan (A) kuey teow terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukkan telur. Biarkan sekejap sehingga telur kering.
- Kemudian masukkan bahan (C) dan goreng lagi sehingga sebati pada mee dan akhir sekali masukkan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.
*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teow tidak hancur*
Kredit resipi & foto: Sue Norrman
KUEY TEOW LADNA
BAHAN-BAHAN
- Kicap pekat secukupnya (untuk digaul bersama kuew teow)
- 1 bungkus kuey teow
- 2 ulas bawang putih | ketuk
- 4 biji cili padi | ketuk
- 1 biji kiub ayam
- Sotong/ udang/ayam secukupnya
- Sawi, lobak merah, putik jagung, bunga kobis (sawi asingkan batang)
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu kecil tepung jagung (tambahkan air untuk pekatkan kuah)
- Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Gaul kuey teow dengan sedikit kicap. Panaskan minyak sedikit dalam kuali, masukkan kuey teow gorengkan sekejap anggaran 2 minit. Angkat dan masukkan dalam pinggan.
- Tumis bawang putih dan cili api sampai naik bau.
- Kemudian masukkan kiub ayam, sos tiram, lobak merah, putik jagung, bunga kobis, ayam, batang sawi dan sotong. Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih.
- Masukkan garam, sawi dan udang. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung, biarkan sedikit pekat.
- Setelah siap, tuangkan ke atas kuey teow tadi.
Kredit resipi & foto: Rohah
KUEY TEOW CANTONESE
BAHAN-BAHAN
- 300 gram kuey teow
- 5 ketul ayam -dipotong kecil
- 8 ekor udang
- 2 ulas bawang putih – dicincang
- 1 biji telur -dipukul sedikit
- Sayur paksoy
BAHAN A
- 2 sudu kecil kicap soya
- 1 sudu kecil tepung jagung
- Secubit serbuk lada sulah
BAHAN B
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap soya
- 1 sudu kecil gula
- 2 cawan stok ayam (resipi ni guna 2 cawan air + 1 kiub ayam)
BANCUHAN TEPUNG JAGUNG
- 1 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar air
CARA PENYEDIAAN
- Perap ayam yang telah dipotong kecil dengan kicap soya dan sedikit lada sulah. Biarkan sekejap.
- Panaskan kuali dan letak 1 sudu besar minyak. Masukkan satu sudu besar kicap soya dan kemudian masukkan kuey teow. Balik-balikkan sehingga keperangan. Angkat.
- Panaskan kuali dan letakkan 1 sudu besar minyak. Tumis bawang putih sehingga keperangan dan naik bau. Masukkan ayam yang telah diperap dan kacau rata. Masukkan udang. Biarkan seminit dan kemudian masukkan bahan B.
- Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sayur paksoy dan bancuhan tepung. Kacau dan rasa kuah secukup rasa. Padamkan api. Masukkan telur yang telah dipukul.
- Kacau kuah dengan laju dan curahkan kuah di atas kuey teow. Sedia untuk dimakan.
Kredit resipi & foto: lilly
KUEY TEOW KUNGFU
BAHAN-BAHAN (KUEY TEOW)
- 1 paket kuey tiow – basuh dan toskan
- 2-3 biji telur untuk celup
- ½ sudu kecil lada sulah
- Minyak untuk menggoreng 3 senduk
BAHAN-BAHAN (KUAH)
- 1 bahagian dada ayam – potong dadu
- 10 ekor udang
- 3 biji bawang putih – cincang
- 4 baby corn – hiris serong
- 1 batang lobak merah – hiris
- 1 ikat kailan – potong panjang
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 kiub ayam
- 2 sudu besar tepung jagung- dibancuh dengan air
- Air – agak-agak berapa banyak
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak.
- Pukul telur dan masukkan lada sulah.
- Bahagi kuey teow kepada 4-5 bahagian. Ambil 1 bahagian dan masukkan ke dalam telur.
- Kaup kuey tiow dengan senduk supaya dapat telur sekali. Masukkan dalam minyak yang dah panas.
- Goreng hingga perang dan balikkan.
- Angkat setelah kedua belah masak.
CARA PENYEDIAAN (KUAH)
- Panaskan 1 sudu minyak masak.
- Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, air dan kiub ayam.
- Masukkan isi ayam, lobak merah dan baby corn. Masak hingga isi ayam masak.
- Masukkan udang dan kailan dan tunggu hingga masak.
- Masukkan lada sulah, dan garam secukup rasa.
- Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kuah pekat.
- Angkat dan hidangkan kuah bersama kuey tiow yang digoreng tadi.
Kredit resipi & foto: Farah Sanusi
Khas Buat Peminat Kerabu Maggi Ala Thailand, Pasti Kecur Air Liur!

Bukan senang nak jumpa hidangan kerabu maggi yang sama seperti kita makan di negara jiran, Thailand. Lebih-lebih lagi musim PKP sekarang ini, lagilah tak boleh nak merentas sempadan.
Nah, perkongsian resipi daripada Cik Wan Kitchen ini pasti dapat mengubat rindu untuk merasa juadah kerabu maggi ala Thailand.
Apatah lagi, bahan-bahan untuk membuatnya sangat senang untuk didapati. Jom kita penuhi selera walaupun hanya berada di rumah!
BAHAN-BAHAN:
3 bungkus Maggie Thai/Siam – beli online di sini
1 biji buah tomato | dihiris – beli online di sini
1/2 labu bawang besar Holland – beli online di sini
Sejengkal batang saleri
Segenggam daun ketumbar
1 biji cili merah besar
1 sudu sos ikan (jika suka) – beli online di sini
1 sudu air asam limau (jika suka)
2 paket rempah maggie siam (yang ada dalam paket maggie tu, 1 lagi tak dipakai).
BAHAN LAUK:
Sotong
Udang
Fish cake
Crab stick
Fish ball
CARA-CARA:
1. Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan maggi segera.
2. Masukkan 1 paket rempah maggi segera. Tunggu hingga mendidih.
3. Masukkan udang, sotong, kemudian diikuti dengan fish cake (hanya sekejap sahaja, rebus secara berasingan).
4. Keluarkan udang, sotong.
5. Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan maggi segera.
6. Apabila sudah lembut, keluarkan. Air rebusan jangan dibuang kerana digunakan untuk dicampurkan dengan kerabu.
7. Masukkan kesemua bahan dan juga air rebusan di dalam mangkuk besar. Gaulkan hingga semuanya sekata. Siap untuk dihidang!
Kredit resipi: Cik Wan Kitchen
Dapatkan lebih banyak resipi yang sedap, mudah dan cepat dimasak di laman web Rasa:
https://www.rasa.my/resipi-kuah-bakso-sedap-guna-rencah-paling-mudah/
https://www.rasa.my/masak-sempena-hari-bapa-nah-resipi-mi-kari-netup-pong-pong-boleh-cuba/
https://www.rasa.my/cara-masak-nasi-minyak-sedap-macam-dekat-majlis-kenduri/
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
https://www.youtube.com/watch?v=dvxcqircQzw