Resipi Mi Rebus Johor Untuk Juadah Tetamu Sempena Deepavali

Share

Selamat menyambut Hari Deepavali! Bagi yang belum tahu nak masak apa untuk tetamu yang datang esok, resipi yang RASA kongsikan ini pasti boleh membantu. Maklumlah, semua bangsa meraikannya baik India, Melayu dan Cina. Jadi apa salahnya kalau sajian pun ada pelbagai pilihan. Antara hidangan terbaik yang boleh anda cuba ialah Mi Rebus

Johor resipi perkongsian Puan Faziatun Nisa Yusof Basha ni. Siap dengan resipi langkah demi langkah. Jadi senanglah ank cuba!

 

MI REBUS JOHOR

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg mi kuning- dicelur

 

BAHAN KISAR:

  • 100g udang basah
  • 3 sudu besar udang kering
  • 2 biji bawang besar
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 2 inci lengkuas
  • 5-6 tangkai lada kering

BAHAN KUAH:

  • 3 biji keledek- direbus dan dilecek
  • 150-200g daging cincang/ daging tetel
  • 1 batang serai
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu besar taucu – kisar
  • Garam dan gula secukupnya
  • Air secukupnya

BAHAN HIASAN:

  • Tauge – dicelur
  • Tauhu goreng
  • Telur rebus
  • Bawang goreng
  • Lada potong
  • Daun bawang

 

CARA MEMASAK:

1. Rebus keledek dan lecek.

2. Tumis serai di belah dua.

3. Masukkan bahan blender. Tumis sehingga pecah minyak.

4. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi.

5. Masukkan daging cincang dan tambah air.

6. Biar mendidih dan masukkan taucu kisar.

7. Masukkan keledek lecek, reneh sehingga kanji keledek memekatkan kuah.

8. Perasakan dengan garam dan gula.

9. Celur mi dan tauge. Goreng tahu dan rebus telur.

10. Siap untuk dihidang

Kredit resipi & foto: Faziatun Nisa Yusof Basha

 

IKLAN