Selamat menyambut Hari Deepavali! Bagi yang belum tahu nak masak apa untuk tetamu yang datang esok, resipi yang RASA kongsikan ini pasti boleh membantu. Maklumlah, semua bangsa meraikannya baik India, Melayu dan Cina. Jadi apa salahnya kalau sajian pun ada pelbagai pilihan. Antara hidangan terbaik yang boleh anda cuba ialah Mi Rebus Johor resipi perkongsian Puan Faziatun Nisa Yusof Basha ni. Siap dengan resipi langkah demi langkah. Jadi senanglah ank cuba!
MI REBUS JOHOR
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning- dicelur
BAHAN KISAR:
100g udang basah
3 sudu besar udang kering
2 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
5-6 tangkai lada kering
BAHAN KUAH:
Ads
3 biji keledek- direbus dan dilecek
150-200g daging cincang/ daging tetel
1 batang serai
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar taucu – kisar
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
BAHAN HIASAN:
Tauge – dicelur
Tauhu goreng
Telur rebus
Bawang goreng
Lada potong
Daun bawang
CARA MEMASAK:
1. Rebus keledek dan lecek.
2. Tumis serai di belah dua.
3. Masukkan bahan blender. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi.
5. Masukkan daging cincang dan tambah air.
Ads
6. Biar mendidih dan masukkan taucu kisar.
7. Masukkan keledek lecek, reneh sehingga kanji keledek memekatkan kuah.
Ads
8. Perasakan dengan garam dan gula.
9. Celur mi dan tauge. Goreng tahu dan rebus telur.
Kalau anda biasa masak spaghetti Bolognese, apa kata kali ini cuba resipi Pasta Pesto Merah yang sangat sedap dan mudah.
Resipi yang dikongsi Kamarul Ariffin Nor Sadan, ini sangat sesuai untuk dihidangkan buat anak-anak di rumah bagi menggantikan nasi.
PASTA PESTO MERAH (TOMATO KERING)
BAHAN-BAHAN: (2 ORANG MAKAN)
1 mangkuk tomato ceri 1 sudu besar daun parsli kering 1 sudu besar daun basil kering 1 sudu besar lada hitam 2 ulas bawang putih – beli online di sini 2 sudu minyak masak – beli online di sini ½ cekak spaghetti 3 sudu keju parmesan Garam secukup rasa
1. Tomato ceri ni lebih manis dan ada cara untuk buat dia untuk jadi lebih sedap untuk masakan, iaitu keringkan atau jemur dia. Kalau jemur bawah matahari, perlu 4-5 hari. Jadi, kita keringkan guna oven atau air fryer.
2. Seperti biasa, kita perlukan daun parsli dan daun basil. Boleh guna daun segar atau daun kering. Kalau nak letak daun thyme dan rosemary pun boleh.
3. Belah tomato, taburkan daun herba pilihan kalian, garam, serbuk lada hitam, bawang putih (ditumbuk) dan minyak zaitun. Nak pakai minyak sawit pun tak apa. Gaul sampai rata.
4. Saya panaskan air-fryer ni dulu, 200° C selama 5-10 minit. Dah panas, alas dulang dengan baking paper. Susun tomato bahagian dalamnya (biji) menghadap ke atas. Biar bahagian dalam kering dulu.
5. Set suhu 120°C , masa 30 minit. Kalau gunakan oven, set suhu dan masa yang lebih kurang juga. 6. Ting! 30 minit tamat! Belum siap lagi tau. Tomato ni belum cukup kering. Kita kena terbalikkan tomato ni, dan set semula 120°C untuk 30 minit. Sambung panaskan dia lagi!
7. Nanti jadi macam ini. Kalian periksa dulu tomato kalian, dia sepatutnya tak terlalu basah dan lembut. Ia kena kering. Jika tak kering, terbalikkan semula dan panaskan lagi 15-30 minit. 8. Ini saya dah panaskan sampai dia kering. Kejadian dia dah hampir macam kismis. Luar kering, dalam basah sedikit. Perlu jadi sampai begitu, baru rasa tomato ni jadi sedap. Kalau malas, beli “sun-dried tomato”
9. Kalau belum nak gunakan, tomato dah dikeringkan ni biasanya orang simpan dalam bekas berisi minyak. Kalau nak simpan dalam plastik kedap udara (vacuum sealed) pun boleh.
10. Letak minyak sampai paras tomato tenggelam sahaja. Tomato kering ni boleh guna buat pesto merah, buat salad, buat letak dalam sandwic dan sebagainya. Ratah pun boleh. Sedap tau!
11. Oleh kerana hari ni nak buat pasta pesto merah, kita sediakan spageti dan kejujuran parmesan. Kalau buat pasta, guna keju parmesan baru lazat, sebab dia ada rasa masin dan bau menyengat.
12. Kemudian kita sediakan dapur dan peralatan. Satu periuk, satu kuali leper. 13. Rebus spageti sehingga al-dente, maksudnya sampai lembut tapi ada sedikit kenyal. Jangan rebus sampai betul-betul lembut. Kalau terlebih lembut, dah tak boleh dibaiki.
14. Sementara tu, kita buat pesto merah. Masukkan tomato kering, sesudu minyak tomato, seulas bawang putih, serbuk lada hitam, garam, daun parsli. Kalau nak pedas, letak empangan cili.
15. Kemudian letak keju parmesan supaya pesto ni berlemak! Jangan letak banyak sangat, sebab keju parmesan ni masin. Biar tak cukup, boleh tambah lagi kemudian. Kalau terlebih, masin jadinya.
16. Pesto biasanya ada letak kacang pine, tapi biasanya saya tukarkan kepada badam atau kacang tanah sahaja. Kalau tak nak letak pun tak apa, tapi nanti kurang “nutty” rasa pesto kita. 17. Tumbuk sampai lumat! Ni saya tambah sedikit pes tomato sebab pesto saya macam kurang masam. Tomato ceri saya tadi kurang masam, lebih kepada manis sahaja. 18. Spageti kita dah al-dente, toskan dan pindahkan ke dalam kuali leper. Jangan dibuang semua air rebusan spageti tadi, kita mungkin akan gunakan sedikit. 19. Letak pesto yang kita dah buat tadi, dan gaulkan sehingga sebati.
20. Kalau pesto tadi pekat sangat sehingga sukar nak gaul, atau spageti kita masih kental, maka ambil air rebusan spageti kita satu senduk. 21. Letak ke dalam kuali leper. Letak lah secukupnya. Sampai ramuan pesto boleh sebati dengan spageti dan spageti tu tak terlalu kental. Saya biasa gaul gunakan penyepit(thong).
22. Siap! Walaupun tak ada ayam atau daging, spageti ni tetap sedap. Kenapa? Sebab, tomato kering (dried tomato) tu ada rasa umami yang kuat, sebab ia mengandungi banyak glutamat semulajadi.
Sedapnya Maggi Kari Tumis ni. Sekali sekala, teringin juga nak makan sajian selain dari nasi yang simple dan tak susah masak. Bagi anda yang suka makan makanan pedas, menu perkongsian saudari Syazlin Mansor ni boleh dicuba.
CARA MASAK MAGGI KARI TUMIS
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus mi segera perisa kari
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Cili padi secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga lumat. Kemudian gaul sekali dengan rempah mi segera.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan tumbuk hingga garing. ( dulu-dulu nenek kata masukkan air dalam lesung. Petua masak sedap katanya.)
3. Masukkan air ikut cita rasa masing-masing. Kuah banyak atau sikit, terpulang. Tunggu hingga mendidih.
4. Seterusnya masukkan mi. Bila dah lembut, pecahkan telur. Sedia untuk dinikmati.
5. Jika suka, boleh masukkan sayur sawi, sosej atau apa sahaja yang digemari.
Mee ayam Indonesia merupakan antara makanan yang popular di Indonesia. Masakan ini memang sedap dan penuh aroma. Bolehlah cuba masak sendiri di rumah.
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Maya Miera ini ye. Menurutnya, Indonesia besar so ada macam-macam versi mee ayam yang ada. Tapi resipi ini mengikut seleranya sendiri. Selamat mencuba!