Resipi Mi Kari Chinese Style. Kuah Kaw Paling Padu

Share

Tak ada idea nak masak apa untuk suami dan anak-anak hari ni? Menu Mi Kari Chinese Style perkongsian Cik Puan Julieta ini antara hidangan mudah dan sedap yang boleh disediakan. Rasa kuah Mi Kari Chinese Style ini memang padu. Nampak gambar pun dah dapat agak rasanyanya yang sedap. Patutlah menu ni jadi kegemaran anak-anak beliau. Jom cuba. Anda pun pasti sukakan rasanya.

 

CARA MASAK MI KARI CHINESE STYLE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus mi – celur
  • 2 biji bawang besar – kisar – beli online disini
  • 3 ulas bawang putih – kisar – beli online disini
  • 2 biji bawang merah – kisar – beli online disini
  • 2 batang serai – diketuk
  • 2 bungkus kecil serbuk kari daging (boleh guna rempah cap O jika ada) – beli online disini
  • 1 mangkuk kecil cili kisar – beli online disini
  • 1/2 ekor ayam – potong kecil
  • 1 mangkuk besar santan segar
  • Asam keping secukupnya – beli online disini
  • Tauhu kering
  • Fish cake / Fish Ball
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

BAHAN SAMBAL:

  • 1 genggam cili kering – beli online disini
  • 1 biji bawang besar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN SAMPINGAN:

  • Telur rebus
  • Tauge – celur
  • Sawi – celur
  • Limau Nipis.
  • Kacang panjang celur

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Goreng serai sebentar.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis hingga wangi dan keperangan.


3. Masukkan rempah kari yang telah dicampur dengan cili kisar. Masak lagi hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam dan kacau sebati hingga ayam separuh masak.
5. Kemudian masukkan santan dan asam keping. Biarkan kuah mendidih.

6. Perasakan dengan garam, gula dan perasa untuk seimbangkan rasa.
7. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fishball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap dalam tauhu kering.
8. Angkat dan sedia dihidangkan bersama mi, sambal dan bahan-bahan sampingan.


9. Untuk membuat sambal, rebus cili kering sehingga masak dan kembang.
10. Masukkan ke dalam pengisar bersama bawang. Kisar halus.
11. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula.
12. Angkat dan sedia dihidangkan bersama Mi Kari.

Kredit resipi & foto: Cik Puan Julieta

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN