Resipi Mi Hailam, Paling Sedap Guna Daging

Share

Resipi mi hailam ini memang  sedap. Sebenarnya boleh guna bihun atau mi kuning tapi dalam resipi ini, dua-dua digunakan. Apa pun terpulang pada selera lah ye.

Boleh tengok resipi yang dikongsikan oleh Wan LuQman ini ye.

Resipi Mi Hailam

Bahan-Bahan:

Mi hailam/bihun

500ml air

Sedikit daging (hiris nipis)

Bawang putih – boleh beli online di sini

Bawang merah – boleh beli online di sini

Sayur-sayuran

Cili padi – boleh beli online di sini

Cili merah besar (hiris)

Stok ayam – boleh beli online di sini

Sedikit air tepung jagung – boleh beli online di sini

1 biji tomato (potong 4)

Garam – boleh beli online di sini

Gula – boleh beli online di sini

Minyak masak – boleh beli online di sini

Bancuhan kicap (satu sudu besar tiap satu):

Sos tiram – boleh beli online di sini

Kicap karamel

Sos Nampla

Sos cili – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Goreng mi bersama dengan sedikit kicap karamel. Kalau tak ada kicap karamel, ganti dengan kicap pekat atau kicap manis pun boleh.

Goreng-goreng sekejap je, guna api kuat sebab nak aroma hangit.

Sama juga macam bihun. Bihun ni kalau boleh celur separa lembut ye, jangan sampai lembut sangat.

Untuk memasak kuah; Tumis bawang putih sampai garing, lepas tu masukkan rencah pilihan. Untuk resipi ini, digunakan daging, mi hailam sedap kalau letak daging.

Masukkan air, ini kuah untuk 2 orang makan lebih kurang 500ml. Kalau korang nak buat untuk 1 orang atau lebih, boleh adjust ye.

Masukkan bancuhan kicap.

Tambah sedikit stok ayam, garam, gula.Last sekali, masukkan sayur pilihan, cili padi, cili merah.

Masukkan air bancuhan tepung jagung.

Tutup api, masukkan hirisan tomato. 

Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN