Resipi Mee Goreng Budak Sekolah. Mudah Masak & Sangat Sedap

Share

Sedapnya nampak Mee Goreng Budak Sekolah ni. Pasti ramai merasa pelik kenapa menu ini dipanggil dengan nama sedemikian. Menurut empunya resipi, saudari Umi Watie, ini kerana mi ini dimasak tanpa diletakkan sebarang sayur. Biasalah, anak-anak kurang gemar makan sayur. Sangat mudah dimasak dan sesuai dijadikan sarapan dan juga bekal anak ke sekolah. Malah boleh sahaja dinikmati pada bila-bila masa. Mengikut kesesuaian. Teksturnya yang basah-basah lembab, memang sangat sedap. Jom cuba. Anda dan keluarga pasti suka.

 

CARA MASAK MEE GORENG BUDAK SEKOLAH

BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi kuning (450gm)
4 biji telur
2 biji bawang merah – kisar beli online disini
2 ulas bawang putih – kisar beli online disini
5 tangkai cili kering – kisar beli online disini
Hirisan daging secukupnya
Hirisan ayam secukupnya
2 sudu makan sos tiram beli online disini
5 sudu makan sos cili beli online disini
¼ cawan kicap manis beli online disini
½ cawan air 

CARA MEMASAK:

1.Mula-mula gorengkan telur hancur. Masak dan ketepikan.


2. Dalam kuali yang sama, kisaran bawang merah, bawang putih, cili kering sampai garing. Kalau suka pedas boleh tambah lagi cili. Tapi anak-anak tidak makan pedas, jadi sesuaikan ikut selera.


3. Bila bahan kisar sudah garing, masukkan lauk yang ada (hirisan daging dan ayam). Kalau nak letak sotong atau udang pun boleh.


3. Bila ayam dan daging sudah masak, masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis. Kacau hingga mesra.


4. Masukkan air. Biarkan mereneh sekejap.


5. Seterusnya masukkan mi kuning. Empunya resipi guna mi jenama numee berat 450 gm. Sedang elok dengan bahan kisar tadi.


6. Bila mi sudah sebati dengan semua bahan, masukkan telur goreng hancur yang sudah dimasak awal tadi.


7. Gaul rata dan siap untuk dinikmati.


8. Mee goreng yang sedap kenalah berkilat dan basah-basah. Memang enak.

Kredit resipi & foto: Umi Watie

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN