Resipi Mashed Potato Dengan Crab Meat Berkeju & Ayam Goreng Cheese Leleh Ala Korea Yang Mudah

Share

Mencari hidangan menarik untuk meraikan hari istimewa bersama si dia? Cubalah buat Mashed Potato Dengan Crab Meat Berkeju dan Ayam Goreng Cheese Leleh Ala Korea ini. Menu yang cukup enak dan menyelerakan. Ditambah pula dengan limpahan keju, memang puas hati bila makan. jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella untuk memberi regangan yang sempurna dan meningkatkan rasa. Gerenti menjadi!

MASHED POTATO DENGAN CRAB MEAT BERKEJU

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji ubi kentang jenis russet – buang kulit
  • 150gram crab meat (isi ketam) – hancurkan
  • 100gram Anchor Butter Unsalted
  • 250gram Keju Perfect Italiano Mozzarella
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • ½ sudu teh serbuk cili
  • 2 biji telur – kacau dengan garfu
  • Garam dan lada sulah secukupnya
  • Breadcrumbs secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Rebus ubi kentang yang telah dikupas hingga empuk dan toskan.
  2. Letak ubi kentang rebus tadi dalam mangkuk semasa masih panas lalu masukkan Anchor Butter Unsalted. Lumatkan kentang dan butter bersama- sama. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa lalu gaul lagi hingga rata dan ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk lain, masukkan crab meat, Keju Perfect Italiano Mozzarella, serbuk pati ayam, serbuk cili, garam dan lada sulah secukupnya lalu gaul sebati menjadi inti. Ketepikan.
  4. Ambil sesudu makan campuran kentang lalu kepal-kepalkan dan leperkan sedikit. Letak Keju Perfect Italiano Mozzarella Letak pula sedikit inti isi ketam lalu bentukkan bujur dan rapikan hingga kentang menutupi semua inti.
  5. Celup kentang berinti tadi ke dalam bancuhan telur. Lumurkan atas breadcrumbs
  6. Goreng dalam minyak yang panas hingga keperang-perangan. Hidangkan panas.

 

AYAM GORENG CHEESE LELEH ALA KOREA

BAHAN-BAHAN A:

  • 4-6 ketul ayam
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan madu
  • 1 sudu gula perang
  • 1 sudu makan chili flakes
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan bijan – sangai
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam
  • 4 ulas bawang putih – cincang halus
  • 1 biji telur
  • Garam secukupnya

BAHAN-BAHAN SOS:

  • 150gram Keju Perfect Italiano Mozzarella
  • 100gram Anchor Butter Unsalted

CARA MEMASAK:

  1. Satukan ayam bersama 2 ulas bawang putih cincang, serbuk lada hitam dan halia kisar. Perap selama 30 minit.
  2. Setelah diperap, masukkan ½ sudu makan serbuk cili dan telur lalu gaul sebati. Taburkan tepung jagung hingga menyaluti ayam.
  3. Goreng ayam dalam minyak yang banyak hingga garing. Toskan dan ketepikan.
  4. Di dalam kuali lain, Panaskan sedikit minyak lalu tumis 2 ulas bawang putih cincang hingga wangi. Masukkan lebihan serbuk cili, chili flakes, madu, gula perang, sos tomato, sos cili dan garam secukupnya. Sesuaikan rasanya. Masukkan ayam goreng tadi beserta bijan sangai lalu gaul sebati. Ketepikan.
  5. Di dalam periuk kecil, satukan Keju Perfect Italiano Mozarella & Anchor Butter Unsalted lalu cairkan hingga semua bahan sebati.
  6. Letak ayam goreng ke dalam pinggan menghidang, tuang sos keju leleh dan hidangkan segera.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN