Untuk anda yang suka makan pasta, boleh cuba resipi ringkas Makaroni Goreng Berkeju ni. Sangat mudah nak buat dan yang penting, mengenyangkan. Kalau anda nak rasa lagi best, tambahkan keju Chesdale Smoked di dalamnya. Ada rasa dan aroma salai yang sebenar. Sedap! Boleh juga nikmati hidangan ini bersama Fernleaf CalciYum Cultured Milk Drink in Orange.
MAKARONI GORENG BERKEJU
Bahan-bahan:
150gm makaroni
2 ulas bawang putih | dikisar
3 biji cili padi | dikisar
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
150gm daging kisar
½ sudu besar mixed herbs
5 keping keju Chesdale Smoked
40gm daun sup
Garam 1 sudu besar secukupnya
Cara Memasak:
Rebus makaroni atau gunakan makaroni leftover.
Tumis daging kisar, bawang putih, cili padi sehingga daging kisar masak.
Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, mixed herbs dan garam.
Masukkan makaroni dan keju Chesdale Smoked. Gaul sebati.
Perasakan dan taburkan dengan daun sup.
Siap untuk dinikmati bersama Fernleaf CalciYum Cultured Milk Drink in Orange.
Hidangan yang sesuai untuk berbuka puasa dan juga bersahur tentunya Pancake Sambal Berkeju. Memang enak gabungan keju dan sambal ni, lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Sesuai untuk anda yang tak makan pedas. Untuk hidangan ini, gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Melt kerana keju ini akan mencair dengan sempurna dan menambah rasa dalam hidangan. Anda wajib cuba hidangan ini!
PANCAKE SAMBAL BERKEJU
Bahan-Bahan:
250gram Perfect Italiano Perfect Melt
60gram Anchor Unsalted Butter – cairkan
440ml Fernleaf Susu UHT
280gram tepung gandum
1 biji telur
4 sudu teh baking powder
½ sudu teh baking soda
½ sudu teh garam
½ sudu teh oregano kering
Bahan-Bahan Sambal:
1 mangkuk medium cili kisar
5 biji bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan gula perang
1 labu bawang besar – potong bulat
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
Untuk membuat sambal; panaskan 2-3 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak dan cili masak. Masukkan bawang besar, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Tumis hingga sambal masak sempurna. Gaul rata dan ketepikan.
Untuk membuat pancake; satukan Fernleaf Susu UHT, Anchor Unsalted Butter yang telah dicairkan, telur dan garam di dalam mangkuk. Pukul sebati. Masukkan tepung gandum, baking powder, baking soda dan oregano kering lalu gaul sebati hingga jadi bancuhan yang likat. Masukkan Perfect Italiano Perfect Melt lalu gaul sebati.
Panaskan kuali leper, sapu sedikit mentega. Tuang sesenduk bancuhan pancake lalu masak hingga perang di kedua-dua bahagian. Ketika masih panas sapu bahagian atas pancake dengan sambal. Tabur lebihan Perfect Italiano Perfect Melt ketika pancake masih panas. Hidangkan segera.
Dah fikir apa yang nak dihidangkan kepada para tetamu yang datang bertandang nanti? Haa bolehlah buat Kek Marble Pelangi yang gebu ni. Warnanya pasti menarik perhatian kanak-kanak untuk mencuba. Untuk aroma yang lebih harum dan wangi, gunakan Anchor Unsalted Butter kerana ia merupakan 100% mentega tulen New Zealand yang diperbuat daripada susu berkualiti tinggi. Ringkas dan mudah je. Jom cuba nanti.
KEK MARBLE PELANGI
Bahan-bahan:
250gram Anchor Unsalted Butter
180gram gula kastor
380gram tepung naik sendiri
150ml Fernleaf Susu UHT
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
4-5 jenis pewarna makanan
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk pengadun, satukan Anchor Unsalted Butter dan gula kastor. Pukul hingga ringan dan halus.
Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Pukul lagi hingga kembang.
Masukkan tepung berselang-seli dengan susu lalu kaup-balikkan sebati.
Bahagikan adunan kepada 4-5 mangkuk kecil. Titiskan pewarna berlainan pada setiap mangkuk. Gaul sebati.
Mencari hidangan menarik untuk meraikan hari istimewa bersama si dia? Cubalah buat Mashed Potato Dengan Crab Meat Berkeju dan Ayam Goreng Cheese Leleh Ala Korea ini. Menu yang cukup enak dan menyelerakan. Ditambah pula dengan limpahan keju, memang puas hati bila makan. jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella untuk memberi regangan yang sempurna dan meningkatkan rasa. Gerenti menjadi!
MASHED POTATO DENGAN CRAB MEAT BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang jenis russet – buang kulit
150gram crab meat (isi ketam) – hancurkan
100gram Anchor Butter Unsalted
250gram Keju Perfect Italiano Mozzarella
1 sudu teh serbuk pati ayam
½ sudu teh serbuk cili
2 biji telur – kacau dengan garfu
Garam dan lada sulah secukupnya
Breadcrumbs secukupnya
CARA MEMASAK:
Rebus ubi kentang yang telah dikupas hingga empuk dan toskan.
Letak ubi kentang rebus tadi dalam mangkuk semasa masih panas lalu masukkan Anchor Butter Unsalted. Lumatkan kentang dan butter bersama- sama. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa lalu gaul lagi hingga rata dan ketepikan.
Di dalam mangkuk lain, masukkan crab meat, Keju Perfect Italiano Mozzarella, serbuk pati ayam, serbuk cili, garam dan lada sulah secukupnya lalu gaul sebati menjadi inti. Ketepikan.
Ambil sesudu makan campuran kentang lalu kepal-kepalkan dan leperkan sedikit. Letak Keju Perfect Italiano Mozzarella Letak pula sedikit inti isi ketam lalu bentukkan bujur dan rapikan hingga kentang menutupi semua inti.
Celup kentang berinti tadi ke dalam bancuhan telur. Lumurkan atas breadcrumbs
Goreng dalam minyak yang panas hingga keperang-perangan. Hidangkan panas.
AYAM GORENG CHEESE LELEH ALA KOREA
BAHAN-BAHAN A:
4-6 ketul ayam
1 cawan tepung jagung
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan madu
1 sudu gula perang
1 sudu makan chili flakes
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan bijan – sangai
½ sudu teh serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji telur
Garam secukupnya
BAHAN-BAHAN SOS:
150gram Keju Perfect Italiano Mozzarella
100gram Anchor Butter Unsalted
CARA MEMASAK:
Satukan ayam bersama 2 ulas bawang putih cincang, serbuk lada hitam dan halia kisar. Perap selama 30 minit.
Setelah diperap, masukkan ½ sudu makan serbuk cili dan telur lalu gaul sebati. Taburkan tepung jagung hingga menyaluti ayam.
Goreng ayam dalam minyak yang banyak hingga garing. Toskan dan ketepikan.
Di dalam kuali lain, Panaskan sedikit minyak lalu tumis 2 ulas bawang putih cincang hingga wangi. Masukkan lebihan serbuk cili, chili flakes, madu, gula perang, sos tomato, sos cili dan garam secukupnya. Sesuaikan rasanya. Masukkan ayam goreng tadi beserta bijan sangai lalu gaul sebati. Ketepikan.
Di dalam periuk kecil, satukan Keju Perfect Italiano Mozarella & Anchor Butter Unsalted lalu cairkan hingga semua bahan sebati.
Letak ayam goreng ke dalam pinggan menghidang, tuang sos keju leleh dan hidangkan segera.
Khasiat bunga cengkih ni sangat banyak! Ketahui 8 gabungan ajaib bunga cengkih dengan bahan dapur seperti madu, halia & lemon untuk kesihatan dalaman dan luaran.