Resipi Makanan Korea Sedap & Mudah, Jeruk Ketam Bertelur Mentah

Share

Buat peminat makanan Korea, mesti kenal dengan Gejang (게장), makanan mukbang viral Korea ini, Jeruk Ketam Bertelur Mentah.

Rasanya sedap dan tak hanyir. Namun kena perap dua hari dalam peti sejuk bahagian biasa, baru boleh dimakan.

Menurut wanita yang berkongsi resipi ini, Fienaz Shafie, dia mengolah sedikit resipi asal supaya kena dengan tekak Melayu kita.

“Saya tuang kuah soy sauce tu masa panas-panas, jadi ketam ni akan jadi setengah masak. Bakteria dah mati ye sebab dalam perapan tu ada acidity itu yang punca ‘masak’ ketam tu secara perapan. Lagipun, saya tuang sos tu panas-panas dekat situ pun dah masakkan ketam tu.”

 

JERUK KETAM BERTELUR MENTAH

BAHAN-BAHAN:

Ketam
Cili padi | potong kecil
Biji bijan

BAHAN SOS:

200ml kicap – beli online di sini
Air
4 sudu besar cuka
1 sudu besar garam
½ cawan gula – beli online di sini
Minyak bijan
1 biji bawang holland | hiris – beli online di sini
Halia (dalam 2 hiris)
Bawang putih – beli online di sini
Cili kering (ikut tahap kepedasan yang diingini) – beli online di sini
Daun bawang
½ biji epal | potong kecil-kecil

TONTON Ayam Buttermilk Salted Egg Bestari & Kari Udang Bestari

TONTON Salted Brown Butter Crispy Treats

CARA MASAK:

1. Mula-mula, potong semua kaki ketam. Basuh bersih-bersih dan toskan.


2. Masukkan ketam ke dalam bekas. Tuang air soda dan garam, gaul-gaul dan bersihkan. Tos dan ketepikan.


3. Potong bawang holland, halia dan daun bawang. Untuk daun bawang ni, ambil bahagian yang putih sahaja ye.


4. Kemudian, masukkan air dalam periuk. Masukkan kicap, cuka, gula, garam, sedikit minyak bijan.


5. Masukkan bahan-bahan yang sudah dipotong tadi iaitu epal, bawang, halia dan daun bawang.
6. Saya masukkan sedikit saja cili kering untuk bagi ada rasa pedas-pedas sos ni.


7. Hidupkan api dan masaklah hingga sos pekat. Boleh tengok airnya menjadi sedikit dan warnanya bertukar gelap (kehitaman). Tutup api.


8. Susun ketam di dalam bekas. Tuang sos ketika masih panas-panas. Tuang sehingga ketam tenggelam.


9. Kemudian, tabur bawang putih, cili padi yang sudah dipotong-potong.
10. Akhir sekali, tabur biji bijan. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk (bahagian biasa) selama dua hari.


11. Selepas dua hari, barulah boleh dimakan. Selamat mencuba!

*untuk lebih jelas, boleh rujuk video di sini

Kredit resipi: Fienaz Shafie

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN