Resipi Lontong Goreng Boleh Jadi Menu Istimewa Rumah Terbuka

Share

Lontong Goreng selain sesuai untuk menu sarapan pagi, boleh juga dijadikan menu istimewa untuk rumah terbuka. Lontong Goreng adalah hidangan serba boleh kerana ia boleh dihidangkan mengikut cita rasa anda. Boleh tambah sayur-sayuran seperti tauge, sawi hijau, kubis dan sebagainya. Anda juga boleh memilih sama ada udang, daging cincang atau ayam dalam masakan anda. Boleh juga disesuaikan dengan sos dan sambal untuk perasakan Lontong Goreng dengan cara yang anda suka. Jom kita cuba resipi Lontong Goreng yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah

RESEPI LONTONG GORENG@NASI IMPIT GORENG

BAHAN-BAHAN:

Lontong 900 gram (dipotong dadu besar)
Udang sederhana (200- 300gram)
Isi dada ayam (direbus & dicarik )
2 sudu besar sos cili – beli online
2 sudu besar sos tomato – beli online
2 sudu besar sos ikan – beli online
3-4 sudu besar kicap manis – beli online
Kucai (agak-agak)
Kubis dihiris tipis (jika mahu)
4 biji telur
1-2 sudu besar gula – beli online
Garam (jika perlu
Serbuk perasa ( jika perlu )
Daun sup (bahan hiasan )
Cili merah (bahan hiasan)
Daun bawang (bahan hiasan)

BAHAN YANG PERLU DIKISAR:

10-15 batang cili kering
½-1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2-3 sudu besar udang kering

 

CARA MASAK:

1. ​Panaskan minyak secukupnya. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak.

2. ​Masukkan udang dan masakkan ia seketika.

3. ​Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan, kicap, gula, garam dan serbuk perasa (jika perlu) dan gaulkan.

 

4. ​Masukkan lontong, kucai, kubis, isi ayam dan telur. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.

5. ​Kemudian taburkan cili merah, daun bawang dan daun sup.

6. ​Angkat dan siap untuk dihidangkan.

Sumber kredit: Nurul Ateekah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN