![goreng](https://cdn.rasa.my/2022/05/goreng-1.jpg)
Lontong Goreng selain sesuai untuk menu sarapan pagi, boleh juga dijadikan menu istimewa untuk rumah terbuka. Lontong Goreng adalah hidangan serba boleh kerana ia boleh dihidangkan mengikut cita rasa anda. Boleh tambah sayur-sayuran seperti tauge, sawi hijau, kubis dan sebagainya. Anda juga boleh memilih sama ada udang, daging cincang atau ayam dalam masakan anda. Boleh juga disesuaikan dengan sos dan sambal untuk perasakan Lontong Goreng dengan cara yang anda suka. Jom kita cuba resipi Lontong Goreng yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah
RESEPI LONTONG GORENG@NASI IMPIT GORENG
BAHAN-BAHAN:
Lontong 900 gram (dipotong dadu besar)
Udang sederhana (200- 300gram)
Isi dada ayam (direbus & dicarik )
2 sudu besar sos cili – beli online
2 sudu besar sos tomato – beli online
2 sudu besar sos ikan – beli online
3-4 sudu besar kicap manis – beli online
Kucai (agak-agak)
Kubis dihiris tipis (jika mahu)
4 biji telur
1-2 sudu besar gula – beli online
Garam (jika perlu
Serbuk perasa ( jika perlu )
Daun sup (bahan hiasan )
Cili merah (bahan hiasan)
Daun bawang (bahan hiasan)
BAHAN YANG PERLU DIKISAR:
10-15 batang cili kering
½-1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2-3 sudu besar udang kering
CARA MASAK:
1. Panaskan minyak secukupnya. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak.
2. Masukkan udang dan masakkan ia seketika.
3. Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan, kicap, gula, garam dan serbuk perasa (jika perlu) dan gaulkan.
4. Masukkan lontong, kucai, kubis, isi ayam dan telur. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
5. Kemudian taburkan cili merah, daun bawang dan daun sup.
6. Angkat dan siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ayam Goreng Rempah Sempoi. Sedap & Juicy, Memang Best!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Step By Step Pai Ayam Cendawan Paling Mudah
![Resipi Step By Step Pai Ayam Cendawan Paling Mudah](https://cdn.rasa.my/2022/09/477618.jpeg)
Enaknya menikmati Mushroom Chicken Pie @ Pai Ayam Cendawan. Penuh rasa krim dan kombinasi rasa ayam serta cendawan yang penuh perisa. Bagi anda yang mengegmari sajian pastri, resipi perkongsian saudari Widiati Sulaiman ni boleh dicuba. Sangat mudah disediakan malah tidak perlu uli tepung untuk membuat doh pastri. Guna puff pastri segera sahaja. Mudah kan? Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MEMBUAT PAI AYAM CENDAWAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus puff pastry segera – beli online disini
1 keping isi dada ayam – potong dadu
1 biji bawang holland – potong dadu – beli online disini
2 ulas bawang putih – cincang – beli online disini
½ batang lobak merah – potong dadu
1 biji telur
½ biji lada benggala – potong dadu
5-6 biji cendawan butang – hiris
1 kotak krim masakan
Garam dan gula secukup rasa
Dapatkan SUGAR BUBBLE DISH WASHING LIQUID dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga keperangan.
2. Kemudian masukkan isi ayam. Masak lagi hingga ayam masak.
3. Tambahkan bawang holland dan juga lobak merah. Tumis lagi dan tutup kuali supaya lobak merah cepat lembut.
4. Seterusnya masukkan krim masakan, garam dan juga gula dengan secukup rasa. Masak sampai mendidih dan inti sedikit mengental.
5. Bila semua rasa telah sempurna, padamkan api. Sejukkan inti pai terlebih dahulu.
6. Canai puff pastri namun jangan sampai terlalu nipis.
7. Letak kepingan puff pastry tadi dalam bekas aluminium atau bekas bersesuaian. Kemaskan bahagian hujungnya.
8. Cucuk permukaan pastry dengan garpu.
9. Masukkan inti pai tadi dengan secukupnya.
10. Canai lagi sekeping puff pastri, letak diatas pai untuk tutup dan potong lebihannya.
11. Kelim dengan garpu di bahagian tepi supaya melekat elok dan potong sedikit bahagian tengah menggunakan hujung pisau.
12. Seterusnya sapu egg wash dengan rata di permukaan pai tadi.
13. Bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit. Masa membakar mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
11. Angkat dan Pai Ayam Cendawan sedia untuk dihidangkan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Kerabu Kuning Sedap. Masak Sendiri Baru Puas Makan.
Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat
Cara Masak Oden Homemade Ala Family Mart. Sedap & Puas Makan
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
4 Resipi Lauk Masak Asam Paling Basic & Mudah Untuk Orang Bujang Baru Belajar Masak.
![4 Resipi Lauk Masak Asam Paling Basic & Mudah Untuk Orang Bujang Baru Belajar Masak.](https://cdn.rasa.my/2018/08/Untitled-design-3-1.png)
Sajian asam rebus menjadi kesukaan ramai. Manakan tidak, mendengar namanya sahaja sudah mampu mengecurkan air liur. Titisan kuah beraroma, pedas dan masam ini menjadikan sajian dinikmati penuh berselera hingga ke akhir suapan. Bagi yang kurang sihat, lauk ni mampu membuka selera. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
1. KELADI MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
- 300gm batang keladi
- 10 tangkai cili kering
- 5 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 keping asam gelugur
- Sedikit hirisan lengkuas dan halia | dimayang halus
- Sedikit ibu kunyit
- 2 tangkai daun kesum
- Sedikit belacan
- 800ml air
CARA MEMASAK:
- Batang keladi dibersihkan lalu dipotong kecil. Basuh dan toskan airnya. Celur seketika.
- Tumbuk belacan, cili kering, bawang merah, bawang putih dan ibu kunyit sehingga lumat.
- Masukkan bahan tumbuk, daun kesum, asam gelugur dan air ke dalam periuk. Biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan batang keladi. Kacau rata.
- Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
- Apabila batang keladi kelihatan lembut, angkat dan nikmati bersama nasi putih.
2. LALA MASAK ASAM REBUS PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 500gm lala | dibersihkan
- 2 biji bawang merah | dihiris nipis
- 2 biji cili merah | dihiris nipis
- 4 biji cili padi | dihiris nipis
- 1 batang serai | dihiris nipis
- 2cm lengkuas
- 2cm halia
- 1 tangkai daun kesum
- 1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
- 1 cawan air asam jawa
- Air secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 2cm kunyit
- 4 biji cili padi
- 5 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit belacan
CARA MEMASAK:
- Didihkan air dan masukkan bahan hiris dan juga bahan yang dikisar. Gaul rata.
- Kemudian masukkan air asam jawa, daun kesum, bunga kantan dan lala. Biar sehingga lala masak.
- Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
- Angkat dan hidangkan.
3. ASAM REBUS IKAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan kembung
- 4 keping asam gelugur
- 3 tangkai daun kesum
- 1/4 biji nanas | dipotong kecil
- Sedikit kunyit hidup | ditumbuk
- 1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
- 4 biji cili merah | ditumbuk halus
- Sedikit belacan | ditumbuk halus
- 2 biji bawang merah | ditumbuk halus
- 1 ulas bawang putih | ditumbuk halus
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan. Jika guna ikan bersaiz besar, potong kecil.
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga air mendidih.
- Apabila ikan kelihatan masak, perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
- Siap untuk dihidangkan.
4. ASAM PEDAS DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging | dihiris nipis
- 4 keping asam gelugur
- 2 ulas bawang putih
- 5cm lengkuas
- 3cm kunyit
- 15 biji cili padi merah dan hijau
- 1 sudu makan biji ketumbar
- 1/2 sudu teh jintan manis
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya | untuk merebus
CARA MEMASAK:
- Tumbuk biji ketumbar dan jintan manis. Jangan terlalu halus.
- Masukkan kesemua bahan (kecuali cili padi ) ke dalam periuk. Masukkan air dan masak sehingga daging empuk.
- Kemudian masukkan garam dan cili padi. Imbangkan rasa masin mengikut cita rasa anda.
- Angkat dan siap untuk dihidangkan.
Info chef: Sebaiknya guna daging batang pinang kerana ia mudah empuk.
6 Aneka Daging Proses Sejuk Beku, Sedap Dan Mudah DiMasak
![6 Aneka Daging Proses Sejuk Beku, Sedap Dan Mudah DiMasak](https://cdn.rasa.my/2019/03/Untitled-design-8.jpg)
Korang ada stok daging proses sejuk beku? Bebola daging, salami, peperoni ,sedap dan mudah dibuat sajian lebih-lebih lagi hidangan barat.
Yang penting halal dan bersih. Bila dah guna daging ni dah boleh ‘skip’ proses mengerat dan merebus daging. Owh ya, daging sejuk beku pun ada dalam bentuk makanan laut macam jejari ketam dan bebola sotong .
Ni min kongsikan 6 aneka resipi daripada ramuan ini, inspirasi dari Hotel Sri Petaling. Sri Petaling , Kuala Lumpur.
1. GRILLED SQUID BALL AND VEGETABLE SKEWERS WITH SWEET CORN KENNEL
BAHAN-BAHAN :
- 200gm bebola sotong
- 20ml kicap cair
- 20gm bawang holland
- 40gm cili benggala hijau | dipotong dadu
- 40gm cili benggala merah | dipotong dadu
- 40gm nenas | dipotong dadu
- 60ml sos tomato
- 60ml sos cili
- 10gm serbuk lada hitam
- 100ml minyak jagung
- 120gm sirap jagung manis (sweet corn kennel)
- 40gm mentega
CARA MEMASAK :
- Gaulkan bebola sotong dengan kicap cair. Cucuk ke dalam lidi bersama cili benggala merah dan hijau.
- Seterusnya panggang atau bakar hingga masak.
- Untuk sos panaskan minyak dan tumis bawang holland dan masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam dan sedikit air.
- Tumiskan mentega dengan sweet corn kennel
- Hidangkan bebola sotong dengan sos beserta sweet corn kennel tadi.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Panggang/bakar
Jenis masakan : Bebola sotong
Keistimewaan : Sesuai untuk majlis BBQ
Anggaran kos : RM10
Info Chef : Jangan panggang terlalu lama untuk kekalkan rasa dan tekstur lembut.
2. GRILLED CORNED BEEF LAYERED WITH SLICED CHEESE
BAHAN-BAHAN :
- 320gm corned beef
- 10gm keju cheddar
- 40gm keju mozarella
- 60gm tomato pronto
- 20gm bawang holland | dicincang halus
- 10gm bawang putih | dicincang halus
- 80ml susu segar
- 60gm french stick (sejenis roti perancis seperti baguette tetapi lebih pendek)
- 4gm parsli Inggeris
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang holland dan masukkan corned beef. Tumiskan seketika.
- Cairkan mentega, apabila sudah cair masukkan tepung gandum. Kacau sebati sehingga keperangan.
- Untuk penyediaan sos putih, masukkan susu, lada hitam, garam dan keju mozarella.
- Kacau hingga pekat *biarkan sos cair sedikti supaya tidak kering apabila dibakar.
- Tuangkan corned beef tadi dalam bekas acuan dan letakkan sos putih dengan keju cheddar berselang seli dan atas sekali letakkan keju mozarella.
- Bakar selama 15minit pada suhu 150 darjah celcius
- Bakar sapuan bawang putih dan mentega pada french stick.
- Hidangkan corned beef dengan french stick (roti peracis baguette) jika suka,
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15-20 minit
Cara memasak : gril/panggang
Jenis masakan : Sajian utama barat
Keistimewaan : Keenakan daging berjus bersama limpahan keju.
Anggaran kos : RM28
Info Chef : Corned beef adalah daging cincang yang diperam dengan larutan masin bergaram. Tiada penggunaan jagung.
3. SPANISH RED PEPPER SOUP WITH MINCED CRAB BALL
BAHAN-BAHAN :
- 20gm baby bayam
- 20gm cili benggala merah | didadu besar
- 40gm bawang holland | dicincang halus
- 40ml minyak zaitun
- 60gm jejari ketam | dikisar kasar
- 10ml jus lemon
- 60gm mentega
- 30gm tepung gandum
CARA MEMASAK :
- Cili benggala merah disapu minyak zaitun dan dibakar dalam oven hingga layu.
- Tumis bawang holland, bayam, cili benggala merah dengan mentega.
- Apabila naik bau, masukkan tepung gandum dan air dan tunggu hingga mendidih. Selepas itu kisar bahan-bahan ini.
- Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk dan panaskan semula sup tadi,masukkan jus lemon.
- Akhir sekali sebelum keluarkan sup taburkan bebola ketam (dikisar) di atas sup tadi.
- Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 16 minit
Cara memasak : tumis dan reneh
Jenis masakan : Sup
Keistimewaan : Sup berkhasiat dengan kelazatan isi ketam
Anggaran kos : RM8
Info Chef : Sup dimasak api perlahan untuk mengekalkan khasiat dan keenakan rasanya.
4.VEGETABLES PRAWN RISOTTO
BAHAN-BAHAN :
- 60gm udang sayuran diproses | dinyahbeku
- 200gm beras risotto
- 10gm saderi | dicincang halus
- 20gm kacang pis
- 20gm bawang holland | dicincang halus
- 10ml minyak zaitun
- 2gm parsli Inggeris
- 20gm asparagus | dipotong
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan kuali dan tumiskan bawang holland sehingga naik bau
- Kemudian masukkan saderi, udang sayuran, asparagus, kacang pis dan beras risotto berserta sedikit air.
- Tutup dengan kertas aluminium, dan masukkan dalam oven. Bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius.
- Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : tumis dan bakar
Jenis masakan : Sajian utama barat
Keistimewaan : Beras risotto berkrim dan udang sayuran mencipta keunikan resipinya
Anggaran kos : RM20
Info Chef : Beras risotto berasal dari Itali. Bijirin nya pendek dan lebar dan biasanya terdapat keju dalam ramuan beras ini. Rissoto tidak boleh dibasuh atau tos kerana boleh menghilangkan kanji yang menjadikan teksturnya berkrim.
5. HUNGARIAN BEEF BALL STEW WITH SAUTE TAGLIATELLE
BAHAN-BAHAN:
- 180gm bebola daging
- 40gm bawang holland | dicincang halus
- 20gm bawang putih | dicincang halus
- 10gm paprika
- 4gm lada hitam
- 20gm pes tomato
- 20gm saderi
- 20ml minyak jagung
- 320gm pasta tagliatelle
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan bebola daging, saderi, paprika, pes tomato, lada hitam, tepung gandum dan juga sedikit air.
- Rebus pasta tagliatelle sehingga masak , toskan
- Letakkan pasta di atas pinggan dan tuangkan sos di atasnya
- Sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak :Tumis dan reneh
Jenis masakan : Stew
Keistimewaan : Stew bebola daging dan pasta tagliatelle yang cukup mengenyangkan
Anggaran kos : RM12
Info Chef : Pasta tagliatelle diperbuat dari tepung dan telur (pasta telur), berbentuk lebar dan panjang seakan pasta fettucine
6. BEEF FRANKFURTER COOKED IN TOMATO PRONTO WITH CIABATTA BREAD
BAHAN-BAHAN:
- 240gm sosej daging lembu
- 20gm bawang holland | dihiris bulat
- 20gm cili benggala merah | dipotong dadu
- 20gm tomato pronto * sejenis sos tomato pekat Itali
- 6 biji roti ciabatta
- 10ml minyak zaitun
- 6gm zaitun hitam
- 20gm tomato | dicincang halus
- 10gm campuran salad
- 2gm lada hitam
- 40gm mentega
CARA MEMASAK :
- Panaskan kuali dengan minyak zaitun dan panggang sosej sehingga masak
- Roti ciabatta dipotong dua, disapu mentega dan dibakar
- Letakkan salad, sosej, cili benggala merah, dan tomato, dan tomato pronto
- Akhir sekali letakkan bawang holland dan buah zaitun hitam di atasnya.
- Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak :Gril
Jenis masakan : Kudapan petang
Keistimewaan : Sandwic sosej dengan khasiat sayuran yang seimbang
Anggaran kos : RM16
Info Chef : Roti ciabatta adalah roti putih Itali yang diantara ramuannya dari tepung gandum dan minyak zaitun.
RESIPI : Chef Mohd Azizi Hamzah , Hizwan Ab. Aziz, Nurul Sazuana Shahidan dan Nor Fatin Alia Rohaizan.
TERIMA KASIH : HOTEL SRI PETALING KUALA LUMPUR, 30, Jalan Radin Anum, Sri Petaling, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.