Resipi Loaded Potato Bowl Ala KFC, Puas Hati Buat Sendiri

Share

Ada yang teringin nak makan loaded potato? Biasanya kita akan beli di KFC. Rasanya memang nikmat dengan campuran kentang rebus, ayam di dalamnya memang kenyang hingga ke tengah hari. Jadi tak perlu lagi nak ke KFC hanya kerana nak menikmati menu ni, rajinkan diri buat sendiri loaded potato bowl.

LOADED POTATO BOWL ALA KFC

BAHAN MASHED POTATO
1 kg kentang
100g butter (potong dadu)
100ml whipping cream
50ml air (ni bukan untuk rebus kentang tau)
Black pepper
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:
1.Rebus kentang sampai betul-betul lembut.
2.Kemudian campurkan semua bahan, gaul sampai butter cair.

BAHAN AYAM
Ayam dada – Potong dadu
Tepung bestari

CARA MEMBUAT:
1.Bancuh tepung dengan air, kemudian goreng dalam minyak panas.

BAHAN TOPPING


Jagung rebus
Cheese yang dibancuh dengan air panas
Mayonis
*Jagung rebus dulu tapi jangan lama-lama nanti kecut kemudian gaulkan dengan gula dan garam sikit.

CARA NAK LETAK DALAM MANGKUK:

1.Letak mashed potato kemudian letak sos cheese dan mayonis.
2.Kemudian letak lagi potato & ulang step tadi ikut nak berapa lapis.
3.Akhir sekali baru letak jagung, ayam goreng dan curahkan sos cheese dengan mayonis.


4.Siap untuk dihidang.
Kredit: Tyra Manan

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN