Ada yang teringin nak makan loaded potato? Biasanya kita akan beli di KFC. Rasanya memang nikmat dengan campuran kentang rebus, ayam di dalamnya memang kenyang hingga ke tengah hari. Jadi tak perlu lagi nak ke KFC hanya kerana nak menikmati menu ni, rajinkan diri buat sendiri loaded potato bowl.
LOADED POTATO BOWL ALA KFC
BAHAN MASHED POTATO 1 kg kentang 100g butter (potong dadu) 100ml whipping cream 50ml air (ni bukan untuk rebus kentang tau) Black pepper Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT: 1.Rebus kentang sampai betul-betul lembut. 2.Kemudian campurkan semua bahan, gaul sampai butter cair.
BAHAN AYAM Ayam dada – Potong dadu Tepung bestari
CARA MEMBUAT: 1.Bancuh tepung dengan air, kemudian goreng dalam minyak panas.
BAHAN TOPPING Jagung rebus Cheese yang dibancuh dengan air panas Mayonis *Jagung rebus dulu tapi jangan lama-lama nanti kecut kemudian gaulkan dengan gula dan garam sikit.
CARA NAK LETAK DALAM MANGKUK:
1.Letak mashed potato kemudian letak sos cheese dan mayonis. 2.Kemudian letak lagi potato & ulang step tadi ikut nak berapa lapis. 3.Akhir sekali baru letak jagung, ayam goreng dan curahkan sos cheese dengan mayonis.
Anda peminat masak lemak? Resipi yang dikongsi ini Ayam masak lemak cili api Negeri Sembilan stail.Memang masaknya tak guna bawang. Rindu dengan masak lemak Negeri Sembilan, bolehlah buat. Makan dengan nasi panas-panas, memang laju menyuap.
AYAM MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan: Ayam yang sudah dibersihkan 20-30 biji cili api 2 batang serai (dititik) Kunyit hidup Santan segar secukupnya Ubi kentang Daun limau purut Asam keping
Cara memasak:
1.Basuh bersih ayam. Letak dalam kuali atau periuk. Ketuk serai masukkan sekali dengan ayam.
2.Blend cili api 20-30 biji dengan kunyit hidup. Letak pada ayam. Bagi ayam tu kecut dengan cili api. Ni lah rahsia kesedapan masak lemak.
3.Ayam dah sebati dengan cili api tu baru masukkan santan. Nak lagi sedap letak santan segar.
4.Masukkan kentang.
5.Bila kentang dah empuk masukkan daun limat purut dan asam keping. Garam jangan lupa. 6.Ayam masak lemak cili api siap untuk dihidang.
Korang tahu tak kekacang boleh jadi sajian hidangan yang enak. Selain kacang tanah kekacang seperti pistachio, badam, kacang kuda dan lain-lain memang lemak dan lazat bila dimasukkan dalam bahan ramuan.
Sajian berasaskan sumber lemak tak tepu yang kaya dengan serat, vitamin E, omega 3 yang terkandung dalam kacang memang istimewa sekali. Ikuti resipi sihat ni darin Chef dan tenaga pengajar Kagumas Culinary Academy, Seksyen 19 Bandar Baru Bangi yang diasaskan oleh Tn. Hj Harun Nordin ini
1.SKEWED CHICKEN WITH SPICY PEANUT SAUCE
BAHAN-BAHAN :
Bahan perapan :
Bahan sos kacang berempah :
CARA MEMASAK : 1. Campurkan kesemua bahan perapan, kacau sebati. 2. Gaulkan dengan ayam yang telah dipotong dadu. 3. Perapkan selama dua jam sehingga bahan perapan sebati dengan ayam tersebut. 4. Cili benggala dipotong dadu dan dicucuk secara berselang seli dengan ayam yg diperap tadi 5. Letakkan ayam dan cili benggal yang telah dicucuk lidi sate ke atas pemanggang, dan panggang selama 15 minit. Cara membuat sos kacang berempah : 6. Cairkan mentega kacang dengan sedikit air. 7. Campurkan minyak bijan, kicap manis dan serbuk cayenne serta serbuk cili. 8. Gaul semua bahan sehingga sebati, perasakan dengan garam, gula dan lada hitam. 9. Sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 1-2 orang Waktu memasak :20 minit Cara memasak : Panggang Jenis masakan :Ala sate tetapi dengan ramuan barat Keistimewaan : Daging dipanggang dengan sos berempah ramuan barat Anggaran kos : RM 8
Info Chef: Menu sihat menggunakan minyak zaitun dan ayam tanpa kulit. Penggunaan mentega kacang memberikan rasa yang lazat
2. STEAM SEABASS WITH JAPANESE TOFU & PISTACHIO
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Perasakan ikan siakap dengan garam. 2. Letakkan halia, daun bawang dan tofu di atas pinggan, letakkan ikan siakap di atasnya. 3. Baki halia dan daun bawang ditaburkan lagi atas ikan. 4. Panaskan air di dalam kuali hingga mendidih. 5. Letakkan redai di atas air mendidih, tutupkan dan stimkan selama 8-10 minit. Padamkan api 6. Buangkan lebihan air yang jatuh di atas ikan 7. Campurkan dengan kicap soya, gula dan sedikit minyak dan tuangkan atas ikan. 8. Taburkan dengan kacang pistachio panggang.
Saiz hidangan : 4- 5 orang Waktu memasak :20 minit Cara memasak : Stim Jenis masakan : Ikan kukus Keistimewaan : Sajian mudah dibuat dan enak Anggaran kos : RM 13
Info sihat : Pilih ikan yang berdaging pejal untuk sajian yang enak. Khasiat ikan dan pistachio menjadikan ia sajian yang dipercayai dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
3. CHICKEN VEGETABLE WRAP WITH PISTACHIO & CHIC PEAS
BAHAN-BAHAN :
Penggemar makanan organik bolehlah beli kekacang organik ini di Love Earth:
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana. 2. Masukkan bawang dan masak hingga lembut, kira kira 3 minit. 3. Masukkan bawang putih dan masak, kacau selama seminit 4. Masukkan ayam, kacau dan masukkan garam. Biarkan masak 1 hingga 2 minit. 5. Kemudian letakkan tortilla ditengah dua kertas/tisu gulung yang dilembabkan (paper towels) dan masukkan di dalam ketuhar mikro selama 10 saat untuk melembutkan tortilla 6. Sudukan dengan salad di atas setiap satu kepingan tortilla, kemudian letakkan ayam, sayurr, keju cedar, kacang pis dan pistachio. 7. Gulung dan kerat dua. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 5-6 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Kudapan sandwich ala burrito Keistimewaan : Inti yang lebih lemak dengan kacang pis dan pistachio Anggaran kos : RM 5
Info Chef;Kandungan kacang pis dan pistachio dipercayai dapat meningkatkan kadar imunisasi badan dan mengurangkan risiko penyakit darah tinggi. Sajian rendah lemak yang menyihatkan.
4. BEEF STEW WITH PEANUT
BAHAN-BAHAN ;
CARA MEMASAK : 1. Di dalam periuk yang besar masakkan daging di dalam minyak masak dengan kepanasan sederhana hingga perang. 2. Kemudian masukkan air ke dalam periuk. Masukkan rosemary, selasih dan lada hitam serta kiub daging dan kacau rata. 3. Biarkan mendidih dan kemudian kecilkan api ,tutup dan biarkan mereneh selama sejam. 4. Masukkan kentang, lobak merah, dan bawang dan kacang kuda ke dalam periuk, Larutkan tepung jagung dengan 2 sudu teh air dan masukkan ke dalam stew daging. 5. Tutup dan biarkan mereneh lagi sejam. 6 .Sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Tumis, didih dan reneh Jenis masakan : Lauk utama stew daging Keistimewaan : Stew daging berperisa dengan ramuan yang sebati meresap dalam daging Anggaran kos : RM 40
Info Chef: Sajian ini mengandungi kacang kuda yang mempunyai kandungan serat dan boleh membantu penghadaman dan system penceranaan.
5. COCONUT ALMOND SMOOTHIE
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus. 2. Smoothie sedia untuk dinikmati
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 8 minit Cara memasak : Kisar Jenis masakan : Minuman dan ‘dessert’ Keistimewaan : campuran badam , air kelapa dan susu menjadikan ia ‘dessert’ mengenyangkan Anggaran kos : RM 8
Info Chef :Badam mengandungi lemak sihat , serat, protein , magnesium dan vitamin E . Khasiat badam dipercayai dapat membantu mengurangkan kolestrol, tekanan darah dan juga gula darah.
RESIPI :Chef Mohd Kamarul bin Ariffin, Chef Nurmasshariza bt. Maskahawi, Chef Muhammad Izzat Amani bin Jamaludin Amini, Chef Muhammad Akmal Danial bin Abdul Rahim
TERIMA KASIH :TN HJ HARUN NORDIN, Kagumas Culinary Academy, Lot 18, Jalan 9/3, Taman IKS, Seksyen 19, Bandar Baru Bangi, Selangor. Emel :kagumas@yahoo.com.my. Laman web : http ://www.kagumas.com.my
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Popia mini udang kering memang menjadi kegilaan ramai orang ketika hampir menjelang Syawal. Rasanya yang rangup sememangnya membuka selera. RASA kongsikan resipinya untuk korang cuba buat sendiri.
BAHAN-BAHAN
300 gram udang kering
Minyak masak untuk menumis
3 biji bawang merah kecil (ditumbuk)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Kulit popia
CARA MEMBUAT
1. Rendam sebentar udang kering. Cuci dan toskan. Selepas itu dikisar halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang merah kecil sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar. Gaul.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Gaul hingga udang agak kering.
4. Bila dah kering, tutup api dan sejukkan sebentar. Kemudian kisar lagi supaya udang tidak berketul-ketul.
CARA PENYEDIAAN
1. Kulit popia dipotong segi empat. Letak isi udang di tengah dan gulung. Kemudian temukan kedua-dua hujungnya dan simpul sekali.
2. Goreng guna minyak masak yang banyak. Ketika menggoreng, api kena perlahan. Kalau api besar, popia akan liat di bahagian dalam.
3. Setelah masak, angkat dan toskan.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bawal Sweet Sour rangup dengan kuah masam manis pekat dan berkilat. Ikuti resipi lengkap serta rahsia kuah paling padu untuk hidangan pembuka selera yang menggoda!