Resipi Lasagna Roti Murah & Terlajak Sedap, Dapat Sepotong Pun Dah Kenyang

Share

Siapa kata buat lasagna ni susah. Kali ini kita olah cara hanya dengan menggunakan roti pun boleh mendapatkan lasagna yang sedap. Ikut resipi yang dikongsi oleh Mimie Ali pasti memenuhi cita rasa anda. Boleh hidangkan untuk minum petang juga makan malam. Kenyang dengan pelbagai ramuan di dalamnya. Pendek kata memang puas makan.

Lasagna Roti
Bahan-bahan:
12 keping roti
3 biji telur
200 ml susu segar-BELI ONLINE DI SINI 


8 keping keju
1 cawan Mozzarella cheese (diparut)
1 cekak daun sup
1 biji cili merah (dihiris)
4 sudu besar sos lada hitam-BELI ONLINE DI SINI
4 sudu besar sos tomato
300 gram daging cincang
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 cubit garam dan gula

Cara memasak:
Inti Daging
1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan daun sup dan cili merah.


6. Masak sehingga daging masak dan kering.
7. Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.

Lasagna Roti
1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.


4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
5. Susun kepingan keju ke atas daging.
6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
7. Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali.
8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
9. Bakar pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.
Sumber : Mimie Ali

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

IKLAN