Resipi Langkah Demi Langkah Ikan Siakap 3 Rasa Versi Thailand.

Share

Jika ke restoran Thai, menu Siakap 3 Rasa ini antara yang paling digemari ramai. Mana tidaknya. Mudah dan sedap! Isi ikan yang garing dan dinikmati bersama sos enak. Hmmm…Memang buka selera! Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan untuk masak menu ni.

 

SIAKAP TIGA RASA VERSI THAILAND

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan siakap – dibersihkan dan dilumur garam, kunyit dan tepung jagung

BAHAN SOS:

  • Bawang merah – cincang
  • Bawang putih – cincang
  • Jus limau nipis
  • Cili merah – hiris
  • Cili padi hijau – hiris
  • Daun limau purut – hiris
  • Tomato – potong dadu
  • Halia – hiris
  • Daun ketumbar – hiris
  • Sos ikan
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa

* Jumlah bahan-bahan diatas mengikut citarasa serta bersesuaian dengan saiz ikan. Jika mahukan sos yang banyak, lebihkan.

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.

 

2. Dalam kuali berlainan, masukkan sedikit minyak gorengan ikan tadi dan tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia hingga layu.

 

3. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos ikan. Sos tomato dan sos cili thai nisbahnya adalah 1:2.

 

4. Masukkan lada merah, daun ketumbar, daun limau purut dan tomato.

 

5. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambah air dengan secukupnya. Biarkan mendidih seketika.

 

 

6. Siram sos ke atas ikan. Sedia untuk dinikmati.

 

 

Kredit resipi & gambar: Mut Tam

IKLAN