Resipi Laksa Johor Padu. Makan Dengan Tangan Baru Ngam.

Share

Laksa Johor adalah sajian istimewa yang menjadi kebanggaan rakyat Johor dan merupakan sajian wajib cuba bila berkunjung ke sana. Berbanding dengan laksa negeri lain yang menggunakan laksa beras

dan mi, hidangan ini menggunakan spageti. Unik tapi sedap. Nak cuba buat sendiri sajian ni? Saudari Nuryusra Ibrahim Kutty ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA MASAK LAKSA JOHOR SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 2 bungkus spageti – rebus lembut & sanggulkan
  • 2 batang serai – ketuk
  • 4 senduk cili kisar
  • 4 sudu makan rempah kari ikan – bancuh dengan sedikit air supaya jadi pes
  • 4 sudu makan kerisik
  • 2 kotak santan
  • 4 keping asam gelugur
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 2-3 tangkai daun kesum

 

BAHAN KISAR:

  • 2 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Sedikit lengkuas
  • Sedikit kunyit

 

BAHAN RENCAH IKAN:

  • 4-5 ekor ikan kembung/selar/selayang/parang
  • 5-6 ekor udang
  • Udang kering – kisar
  • Ikan masin kurau – kisar

 

BAHAN SAMPINGAN:

  • Timun
  • Kacang panjang
  • Daun kesum/daun selasih
  • Bunga kantan
  • Bawang holland
  • Limau Kasturi
  • Sambal belacan

 

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ikan, rebus, buang tulang dan kisar isi guna air rebusan ikan. Tuang dalam mangkuk.

2. Masukkan tulang ikan ke dalam pengisar. Tuang air dan kisar halus. Tapis dan ambil air kisarannya untuk dimasukkan ke dalam kuah nanti.

3. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar bersama serai hingga keluar minyak.

4. Masukkan pes rempah kari dan cili kisar.

5. Masukkan kisaran isi ikan dan tulang, udang, udang kering dan ikan masin yang telah dikisar. Biarkan seketika hingga mendidih.

6. Kemudian masukkan bunga kantan dan daun kesum.

7. Masukkan juga asam gelugur, kerisik dan juga santan.

8. Akhir sekali, perasakan kuah dengan garam dan gula perang / gula melaka dengan secukupnya.

9. Sedia untuk dinikmati bersama spageti dan bahan-bahan sampingan.

Kredit resipi & foto:   Nuryusra Ibrahim Kutty

 

Tercari-cari ‘RICE COOKER’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Dapatkan DISINI.

 

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN